Thursday, August 31, 2006

Tanggal 31, Bulan 8, 57...

Malaysiaku yg tercinta

31 Ogos

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Semoga bukan sahaja negara, tetapi pemikiran kita terus bebas dari dijajah..
Merdeka..! Merdeka..! Merdeka..!

Tuesday, August 29, 2006

Strawberry cicah coklat




Dekat Malaysia sekarang ni aku dengar sana sini org cakap pasal strawberry cicah coklat. Masa aku kerja kat IBM, KLCC dulu, selalu lah jugak lalu kat kedai strawberry cicah coklat ni. Tapi masa tu menda ni tak lah sefamous mana. Biasalah, sesuatu menda tu... biasanya kena dipopularkan oleh org yg popular barulah ia akan jadi popular hehee... Kalau tak.. takkan lah ada duta biskut, duta pen, duta shampoo dan sebagainya... tak gitu? hmmm... makanya, masa aku lalu depan kedai tu.. tidaklah aku teruja untuk membelinya.
Tapi la ni... rasa begitu teruja pulak nak rasa.. heheee.. Apa lagi.. mulakanlah projek strawberry cicah coklat.

Memandangkan hari ini adalah hari Selasa.. senanglah aku cari strawberry kat pasar. So, aku belilah 1/2kg. Banyak jugak tu.. dah tentu2 aku makan sorang. Abg tak suka strawberry dan segala buah2an berry ni. Masam katanya. Terkenyit2 mata dia kalau makan.. ahakksss... cute lerrr...
Lepas dinner, aku pun mulakan projek... Aku buat 2 jenis. Satu plain choc dan satu lagi choc with almond.. heheee... belasah je la... resepi ikut suka aku.. ikut logik akal jek.. hehee... janji berupa dan sedap...

Seperti yg aku agak.. memang aku soranglah yg makan. Abg cuma gigit setengah bijik jek.. tak sampai sebijik pun.. itupun sebab aku dah sua kat mulut dia.. he had no choice then.. kenalah ngap jugak nak jaga hati isteri tercintun.. keh keh... Like father like son, Firdauss pun tak nak makan. Jangankan setengah.. suku pun tak masuk mulut dia.. huhuhuuuu... mama jelah bedal sorang2....


Bagi aku yg penggemar strawberry dan coklat... aku rasa... memang sedap (serious...). Itu yg homemade punya tu. Yg resepi ikut suka hati aku tu... Belum lagi yg ada commercial value... tp aku can imagine lah how the taste is.. rasa masam, manis, lemak.. hmmmm... marbeles....


Nak tunggu balik Malaysia.. lambat lagi. Nak beli kat sini, tak tau kedai kat mana.. buat sendirilah makcik.. lepas hajat... :)

Monday, August 28, 2006

Our Sweet Anniversary Day




Alhamdulillah... Hari ni, Genap 2 tahun kami bergelar suami isteri. Semoga jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat.. dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah swt. aminnnnnn...

Sekejap je 2 tahun berlalu. Rasa semalam baru kita bertemu... chewaahhhhhh (menipu lah tu ;) ) Pelbagai suka duka kita lalui bersama. Gunung sama didaki, lurah sama kita turuni. I'll be yours what ever it takes.. phewwiiiiiiittttttttttttttt :)

Hari ni aku plan nak masak special sempena hari yg special ini. What about Western style? cantekkkk...
Projek ku bermula seawal 3pm (biasanya pukul 4pm baru aku masuk dapur). Menu hari ini ialah... Chicken grill for abg, Black Pepper Steak for me, mashed potato with gravy, coleslaw, 3 colour fusilli, lemonade and icecream for deasert. Aku mesti siapkan sebelum abg balik pukul 5.30pm. Nak buat surprise lah konon... heheheee...

Cepat betul masa berjalan. Kelam kabut aku dibuatnya.. Dapur dah macam kapal pecah. Titanic karam pun cantik lagi. Tak kisah lah.. janji siap.. Jam menunjukkan pukul 5.40pm. Nasib baik abg balik lewat sikit. Sempatlah aku bancuh lemonade tu haaa...

Klick... pintu rumah berbunyi. Yeaayyyy... abg balik! Aku nyorok belakang pintu. Firdauss tidur, so line clear.. muaahahaaa... "tadaaaa... Happy Anniversary!" (kali kedua aku ucapkan. kali pertama semasa bangun pagi.) Aku dapat lihat senyuman terharunya. Terus aku ajak abg makan sebab aku sendiri tak tahan tengok makanan yg tersedia atas meja tu.

Masa makan... abg cakap "Terima kasih buat semua ni... Abg tak buat apa2 pun...". "Sama-sama" aku jawab sambil tersenyum. Sedari awal aku memang tak harap apa2 dari abg.. Sebab memang sudah kutahu.. sebelum kawin lg dia dah cakap.. "abg bukan mamat bunga" dan menyambut hari jadi, valentines day, mother's day, father's day or what so ever bukanlah budayanya. Dia dan ahli keluarganya tak pernah dirai utk hari2 sedemikian. Mula2 tu agak jengkel aku menerima situasi itu kerana aku ni memang minah bunga dan family mmg biasa meraikan aku walaupun hanya dgn sebiji kek.. Tapi, bila lama2 dah biasa. Selama kami berkahwin, tak silap aku hanya 3 kali aku dapat bunga. Pertama masa Convocation Day, Kedua masa first Anniversary, Ketiga masa my first Mother's day (walau pun hanya sekuntum mawar merah dan coklat, cukup membuat aku menitiskan air mata gumbira...) Walaupun itu bukan budaya abg... tapi aku tahu, abg cuba juga buat utk aku.. heheheee... mekaceh...Walaupun abg bukan mamat bunga dan bukan juga jenis meraikan sesuatu hari istimewa, abg tak pernah lupa bagi hadiah.. Hadiah Anniversary kali ini cukup berharga bagi aku. Tak pernah termimpi abg akan bagi aku hadiah semewah itu.. Bagi aku mewah la.. bagi org yg dah biasa... biasa je kut :p Apa hadiahnya? Biarlah rahsia... Nanti aku tulis kat sini kang, ada pulak yg kata aku nak show off... heheheeee...

Masa makan abg tanya.. "Takde background music ke?" amboiii... nak music jugak diaaa... Aku pun pergi ke pc dan memilih lagu Dealova nyanyian dari Once.. eewwwww... romantic gitu.. Aku pilih option repeat.. so, that lagu play tak berhenti2 sampai kami habeh makan. Lepas makan abg buat show.. kah kah kah... satu lagi kenangan manis utk aku. Abg nyanyi lagu Dealova dengan penuh perasaan.. Siap dengan gaya2 nya sekali. Yang aku tak tahan tu... Abg menyanyi penuh perasaan tapi asyik salah lirik.. Tengah sedap2 amek mood, salah lirik lagik.. Tengah sedap2 tarik high pitch salah lirik lagi.. Bila low note pun boleh salah lirik.. adoiiii... sakit perut aku dibuatnya.. sampai pening kepala aku sebab ketawa banyak sangat. Anyway, aku appreciate sgt usaha abg yg nak nyanyi jugak sampai habis walaupun perut aku naik kejang2 ketawa...

Disebabkan aku ketawa kuat sangat, Firdauss pun bangun. Sedang eloklah, show pun dah habis :p Sementara aku bagi Firdauss makan, abg tolong basuh pinggan dan kemas dapur... chayunnnkkk abg! Malam pulak, kononnya nak tengoklah movie romantic.. so, aku pilih lah cerita Indonesia bertajuk Dealova. Hampessss.... Tak sedap langsung.. Takde kesinambungan. Kejap lompat sini, kejap lompat sana. Sampai aku ngan abg tertidur2 nak menuggu habis cerita tu.. Sebabnya, nak tau jugak apa endingnya walaupun dah dapat agak.. Nak tau jugak apa kaitan lagu Dealova dgn cerita Dealova ni. Sekali tengok, dah habis baru keluar lagu Dealovanya.. Tak sampai suku pulak tu... cesss... Nyesal kalau tengok citer tak best.. Rasa bazir jek 2 jam tuh.

Apapun, hari ini meninggalkan satu lagi kenangan manis utk aku dan abg... Saat bersama keluarga adalah saat yg paling berharga bagi aku dan juga abg. Abg pernah berkata... Perkara yg paling gembira buatnya adalah di saat isteri dan anaknya ada di sisinya.. sambil melihat keletah anak yg cukup membahagiakan... Semoga abg tidak pernah berubah.. bak lirik lagu siti "Bagai haruman dari syurga, menitis ke alam cinta kita, meresap ke kelopak asmara.. bersama selamanyaaaa...."

Eceh.. jiwang pulak aku hari ni.. euwww maluuuu.. ngeh ngeh ngeh... Sebelum aku mengakhiri penulisan aku hari ini.. aku sertakan lirik Dealova utk abg hafal.. eh takkk... utk tatapan pembaca.. heheheee :D

Dealova- Once

aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yang slalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tau bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
ohh...
bayangmyu seakan akan

reff:kau seperti nyanyian dalam hati ku yang memanggil rinduku padamu ....
ohh...
seperti udara yang ku hela kau selalu ada

hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi

kau seperti nyanyian dalam hati ku yang memanggil rinduku padamu
oh...

seperti udara yang ku hela kau selalu ada
selalu adaaaaaaaa....





Saturday, August 26, 2006

Tamu Dari Malaysia

tetamuku berposing depan cube house

Kami berposing dalam kapal Spido


Seperti yg dijanjikan, Ida, Man dan Makcik sampai di rumahku pada pagi Khamis pukul 11.30 pagi. Untuk hari pertama tak banyak yg dapat kuceritakan sebab tak sampai setengah jam berehat.. mereka keluar semula utk berjalan2. Sebelum keluar, aku suggestkan tempat yg menarik utk dilawati kat Holland ni. Memandangkan mereka datang sini hanya utk 2 hari 1 malam.. tak dapatlah pergi banyak tempat menarik. So, aku cadangkan mereka pergi ke Madurodam - a perfect place to know Holland in one day. It's like miniature city. Everyhtings are in small scale. But it looks so real. Kat sinilah kita boleh tengok windmill, canal houses, airport dsb. dlm skala yg kecik. Kiranya, kita jadi giant lah kat situ.

Lepas ke Madurodam, aku suggest mereka pergi ke Amsterdam utk menyusuri canal melalui boat. So, mereka dapatlah mengelilingi Amsterdam dalam masa 1 jam. Canal ni boleh lah dibayangkan seperti Venice di Italy. Eh, tak silap aku, diorang gi Amsterdam baru gi Madurodam. hmmm.. either one lah.. aku pun lupa heheee... hmmm.. lepas jalan2 mereka sampai rumah lebih kurang pukul 10 mlm. Cecepat aku hidangkan nasi dan teh panas.. Kesian kat diorang.. nampak letih sangat.. Malam tu kami borak2 biasa dan melihat gambar2 yg mereka amek masa berjalan tadi.

The next day, abg decided to take leave. Mana taknya, semalam pukul 10mlm baru jumpa tetamu. So, lepas breakfast nasi lemak ngan sambal sotong beserta kopi panas... diorang nak gerak dah.. memandangkan kat luar tu hujan.. abg ngan diorang je lah pi jalan2 kat area rumah aku. Abg bawak gi cube house, pencil house, world trade center etc. Pukul 10.30 aku janji ngan abg jumpa kat bawah rumah utk pergi naik kapal Spido. Dlm hujan renyai kami naik kapal... heheee... sejuksss... Kapal Spido ni bawak tourist utk melihat Rotterdam Port - used to be the largest port in the world before Singapore. Syiok gak.. sebab aku tak pernah lagi naik kapal camni.. so, dapatlah 1 lagi pengalaman baru hari ni...

Balik dari Spido, kami berjalan kaki ke rumah. Masa pergi tadi naik tram. Ada lah dalam 20 minit berjalan. Saja nak suruh diorang berjalan sebab boleh lalu kat Rotterdan Walk of Fame. Kat sini ada tapak tangan dan tapak kaki celebriti dunia (kalau dah famous, tapak tangan dan tapak kaki pun org nak tengok... tak paham aku.. tapi nak tengok jugak :p ) Sampai rumah, tengok jam alamaks.. dak pukul 2.30pm. "Bang, caner ni? tak masak lagik" "Takpe.. abg belanja diorang kebab" yeayyyy... Diorang pun takleh lama sebab kena kejar train utk ke Paris. Seronok betul tengok diorang makan kebab turki. Macam masa mula2 aku sampai sini la.. Sebab kebab turki ni daging dan sayurnya banyak.. roti pun besar.. memang kenyanglah... Pukul 3.00pm tetamu ku pulang membawa kenangan manis dari Rotterdam...

Maka, tinggallah kami bertiga semula....


Wednesday, August 23, 2006

Abg amek MC

Hari ni abg amek MC sebab ada appointment kat Erasmus MC. Setengah hari jugaklah abg habiskan masa kat sana. Aku tak dapat temankan abg pergi sebab hujan... Kalau berdua takpe lagi.. aku redah jek.. tapi bila ada anak kecik.. banyak lagi yg perlu difikirkan... Itulah pengorbanan namanya..

Bila abg balik, aku dah siap2 nak ajak abg gi jalan2.. hehehee... amek kesempatan betul.. Tapi, dalam hati, aku niat kalau abg letih tak payah lah jalan2.. bila abg bukak pintu jek dia nampak aku tersengih2 macam kerang busuk.. dah siap pakai baju jalan.. heheee.. abg pun tanya.. "nak ajak abg gi jalan2 ke...? haaa... jomlah..." yeayyyyyy.... Memandangkan ada surat dari Gementee, yg menyatakan bahawa Residence Permit Firdauss dah siap.. maka, we decided to go to Gementee sekali.. senang.. sekali jalan..

Lepas balik dari Gementee... kami berjalan dekat bandar.. Pergi Blokker, So Low, Xenos dan sewaktu dengannya.. masa kat Xenos ada nampak satu jewellery box. Cantik. Warna silver dan berukir indah. Dalam tu ada bekas bertingkat2 dan disaluti dengan baldu biru. Abg dah kasi green light utk beli. Hadiah anniversary katanya.. Sengih sampai ke telinga aku dibuatnya.. Tengah sibuk2 pilih.. terlintas kat kepala.. "do i really need it - no!" terus aku cakap kat abg.. "tak yah lah bang.." bukan satu keperluan pun.. bab2 barang kemas ni, aku kurang minat sikit.. barang tak banyak mana.. bekas dia mak aiiii... canggihnya.. so, apa lagik.. cancle... mesti dalam hati abg kata "oh.. legaaaaaaaaa.. :p"

Seperti biasa... niat window shopping mesti terbatal bila pergi Blokker. Tapi takpelah.. memang nak beli jugak dustbin utk dapur. Mana taknya, Firdauss dah pandai mengirai sampah2 dalam dustbin yg tak bertutup tuh.. habis tupperware, kain buruk, rempah aku dibuang dalam tu.. ada sekali tu.. aku tak perasan dia kirai food waiste... huwwwaaaaaaa.... busukkkkk... mama jugak kena kutip.. Firdauss jugak sengih2... pastu tepuk2 tangan.. cesss... So, mama dah beli yg bertutup dan lagi tinggi dan besar dari Firdauss.. muaahahaaaa....

Lepas tu, abg beli satu kotak rotan yg besar utk isi permainan Firdauss. Nak masukkan Firdauss pun muat. Siap ada tutup dan kunci lagi youuuu... Tak payahlah mama nak keluarkan semua permainan Firdauss tu ha.. sakit pinggang ni mengutipnya.. So, lepas ni, mama hanya keluarkan 2,3 jenis menan jek untuk Firdauss main.. muahaaaahaaaaaaa.

Lepas bershopping, baru terasa lapar.. patut lah.. dah pukul 3 lebih.. apa lagi, kebab lah jawabnya.. nasib baiklah abg ni jenis understanding.. kalau tak.. huhuhuuuuuu... menumislah aku balik rumah... Malam pulak, aku masak mihun sup. hmmm... simple, pedas dan sedap (siapa lagi nak puji :p)... hari ni off makan nasik...

Lepas makan malam... aku belek2 paper online.. haaa.... terjumpa jewellery box yg kononnya aku nak beli tadi... Ia dijadikan salah satu daripada barang hantaran siti. sebijik. Cuma, depa tak guna utk letak jewellery.. depa letak kain dalam tu... lawa jugak. oooo... korang shopping kat europe yea... eh.. harussss...

Tuesday, August 22, 2006

Sessi mengemas rumah

Yea yeaaaa.... ada tamu dari Malaysia nak sampai.. yea.. yea... berisi jugaklah akhirnya guest room aku tu nanti.. Depa akan datang bertiga. Mak, anak, menantu. Tapi, awal2 lagi depa cakap, depa tak kisah tidur sebilik... Memang itu je pun lah yg kami mampu bagi.. So, hari ni aku akan start sesi mengemas.. Akan aku projekkan betul2 guest room tu.. Dalam perancangan awal Ida, Man, dan makcik akan sampai pada hari Rabu. Maknanya, besok lah... yeayyyy...

Memandangkan ada barang dapur yg nak dibeli, nak tak nak, aku kena jugak pergi pasar hari ni. Kalau ikutkan hati, malas jugak nak pergi pasar kalau abg takde. Ye lah.. nak sorong pram lagik, nak angkut barang lagik.. tapi bila fikirkan balik.. sometimes, I need to stand on my own feet. takleh lah nak harap abg semua.. terhegeh2 pun takpe lah.. janji dapat apa yg aku nak beli. So, hari ni aku beli ikan, sayur2an, buah2an, roti, bawang dan juga bunga2an. Aku beli sun flower utk diletakkan di guest room dan juga red and white roses utk dining table (sebenarnya bunga takde dalam list.. tp tergoda juga aku dgn keanggunannya.. heheheee..). Naik rebeh jugaklah bahu aku.. terhuyung hayang tolak pram.. kurang asam keping punya pram.. takleh control pakai satu tangan pulak tuh.. dah lah tangan sebelah aku ni kepit bunga.. kalau ada org amek candid camera.. uissshhh... tak sanggup aku tengok...

Gitu gini gitu gini dah petang... bilik tak habis kemas lagik. Sebabnya, sibuk melayan anak manja yg sorang tu... It's almost 5.00pm. Satgi abg balik.. so, aku terus masak.. Cadangnya nak ajak abg kemas sekali. Tapi... bila abg balik.. abg kata depa mai hari Khamis. Tak jadi mai besok.. So, terbengkalai lah lagi projek mengemas aku... maklum.. suka buat kerja last minute... :p

Malam, seperti biasa.. layan movie la.. hehee... citer apa ntah aku tak tau.. cakap bahasa rusia.. nyesal aku tengok.. tak best langsung... citer pasal bunuh2.. banyak darah2.. yg paling tak best tu.. muka pembunuh tu jambu sangat.. tak sesuai lah watak tu untuk dia.. muka ala2 babyface gitu.. aku rasa watak yg paling sesuai untuk dia adalah model perfume for man.. heheheee...

Monday, August 21, 2006

Selamat Berbahagia Siti Nurhaliza dan DK



Selamat Pengantin Baru kepada Siti Nurhaliza dan Dato K, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.... ahakkksss... Aku pun tak tau apa motif aku menulis tajuk nih. Yg pasti.. Siti tak kenal pun aku.. Aku adalah salah sorang di antara jutaan peminatnya.. Tak kisahlah dia tak kenal aku pun.. heheheeee... takda kepentingan langsung... Tapi manalah tau kan.. kut2 siti terserempak ngan blog aku nih :p

Anyway Siti Nurhaliza Taruddin.. mulai hari ini... sahlah dikau menjadi isteri khalid.. terjawablah sudah persoalan aku yg sekian lama dari dulu... "siapalah yg bertuah dapat siti nanti.... ?" walaupun aku kurang setuju dgn pilihanmu.. siapalah aku utk menentukan masa depan orang.. harap khalid dapat jaga dirimu dgn baik.. dan yg paling penting.. dapat membimbing ke jalan yg lurus dan benar.. jalan yg diredhaiNYA.. Jadilah isteri yg baik semampu yg dikau mampu... Ingatlah sentiasa, syurga isteri terletak di kaki suami.. cheeewwaaaahhhhh... (peringatan untuk aku jugak)

Kepada Khalid aka Dato K, Jangan sia2kan hidup siti.. Ingatlah.. jika kebahagiaan yg kau cari dari siti.. kau takkan jumpa.. kerana kebahagiaan bukan utk dicari, tetapi utk dibina bersama....

Sekian, wassalam... muaahaaahaaaaa.....

Sunday, August 20, 2006

Weekend punya story

Weekend adalah hari2 yg aku tunggu setiap minggu. Kalau selang 2,3 hari dah weekend.. laaagi aku suka.. hehehh... ye laaa... time weekend lah boleh rehat dan relaks sikit (macam lah aku yg perah otak cari rezeki... muahaahaa...) So. hari Sabtu, lepas breakfast (aku masak steak ayam ngan daging makan ngan roti bakar) kami siap2 utk ke flea market. Kalau kat US depa panggil car boot sale. Dekat flea market ni kita boleh jumpa macam2 barang (2nd hand). Daripada peralatan dapur, pakaian, perhiasan, barangan baby etc. Quality not bad lah utk orang yg tak kisah pakai barangan terpakai. Aku tengok mat saleh ni pandai jaga barang. Kalau nasib baik.. dapat beli barang yg baru sekali depa pakai. Depa bukan macam kita.. selagi boleh pakai, kita pakai.. Depa pentingkan uptodate dan ikut season (aku rasa lah.. heheheeee..) So, barang2 baby yg agak2 sekejap je pakai.. aku prefer cari dekat fleamarket. Harga? boleh tahanlah... kalau macam baju dan seluar budak.. dapatlah 1euro sehelai..

Tujuan asal nak ke flea market ialah mencari buggy or stroller utk Firdauss. Pram yg ada skrg ni too heavy lah.. ada lagi satu yg ringan kat rumah ni.. tp Firdauss macam dah conjested pulak duduk dalam tuh.. Dah kecik. Anak aku pulak dah besor. Yg paling tak bestnya kalau dia duduk dlm buggy ni kan.. dia suka buat apa tau? bukak kasut.. pastu dgn selambernya dia campak jauh2... ayoyooooo... penat mama nak kutip.. mata pun asyik tengok kaki dia jek.. ada ke tak kasut.. ada ke tak kasut.. ? so, kali ni mama nak carik yg ada safety belt dekat bahu.. so, Firdauss takleh nak buat stunt kat dalam buggy tu.. heheee.. Carik punya carik.. takdelah pulak.. yg ada pun jenis heavy jugak... so, takdelah kami beli.. Beli menda lain adalah... Mama Firdauss plak sakan.. ngeh ngeh ngeh....

Balik dari flea market, hantar barang dekat rumah, kami straight to pasar.. (rumah ke pasar 5mnts walk je..) lepas beli apa2 yg patut.. aku ngan abg split. Aku ngan Firdauss balik rumah prepare lunch.. abg plak gi Wah Nam Hong beli sayuran hijau dan ke kedai ayam utk beli ayam and etc. Utk lunch, aku masak sup kepala ikan merah, ayam goreng dan sayur toge perencah udang dan tahu.. Malam, seperti biasa kami layan movie... hehehee...

Pagi Ahad, kak nina dan frank datang rumah utk amek pisang mas yg dikirim dari pasar. Aku masak nasi lemak ayam berempah. Permintaan orang mengandung tuuu... Harus aku laksanakan dgn sebaik mungkin.. keh keh keh.. Nak makan atas daun pisang lagik :) nasib baik kat rumah ni ada saki baki daun pisang.. patut kak nina nak bawak, dah siap2 tertinggal pulak.. seronok tengok depa makan.. frank pun tahan makan sambal ikan bilis yg pedas tu.. bertambah lagik.. alhamdulillah.. bak kata kak nina.. lepas hajatnya... cuak gak kalau2 tak menepati piawaian rasa kak nina.. hehehhh..

Dekat luar hujan sekejap turun sekejap berhenti, tapi penonton setia Bavaria City Racing (kereta F1)langsung tak berganjak. Depa berdiri sikit punya lama dalam hujan. Aku tak paham betul. Kenapa lah depa sanggup berdiri berejam2 utk melihat kereta yg tak berapa saat lalu depan depa. Tunggu 20-30 minit, lalu 3-4 bijik tak sampai 10 saat. Tunggu lagik... ishhhhh... tak paham.. tak paham... mungkin ada kepuasan di sebaliknya.. Aku yg tengok dari tingkap rumah pun duk lenguh2 berdiri (tengok pun sebab nak amek gambar..) Jalan raya kat bawah rumah aku ni, depa buat macam litar.. Beberapa kali jugak lah aku asyik tangkap gambar asap jek, sebab kereta tu laju sangat... terlepas.. tapi bunyinya.. mak aiiii... malatopppp gitu.. sebatu dah dengar.. keretanya tak sampai2 lagik.. ramai betul yg tengok.. mengalahkan perarakan summer carnival aku rasa..

Bila hujan berhenti, aku ajak abg ronda2 kat bawah.. ye laaa... saja nak rasa kemeriahannya.. rupanya, kat area Blaak tu ada ekspo Bavaria ni.. tak rugi turun. Macam2 adaaa... dapatlah few souvenirs macam pen, balloon, flag, shampoo, drinks and etc. Kat situ ada gak pameran kereta F1, sport cars, old cars.. kereta kebal pun ada.. di samping tu ada gak games utk kanak2 ribena.. Pentas nyanyi pun ada.. F1 simulation pun ada.. skrin besar pun banyak tergantung menunjukkan event telecast.. macam2 lah.. pssttt... tandas terbuka pun adaaaa.. tak paham.. tak paham... (jangan lupa tengok gambar kat photos tab..)

Lepas puas meronda dan berposing.. kami pun balik.. oklah, dapat sket pengalaman baru hari ni.. sampai jek rumah.. hujan pun turun.. alhamdulillahhhh...

Thursday, August 17, 2006

Miami Fried Chicken

Dah lama betul rasanya tak makan KFC. Rindu pulak... Toke KFC dengar mesti sampai ke telinga sengihnya... Kat Holland ni, KFC yg halal cuma ada di Amsterdam. Jauh bangatlah pulak.. rasa tak berbaloi pi sana kalau semata2 nak pi cari KFC. Hari tu, Borak punya borak ngan kak nina, dia kata kat Den Haag ada 1 kedai nama Miami Fried Chicken. Tak dapat Kentucky, Miami pun jadilah.. Org Turki punya kedai. Tambah kak nina lagi, ayamnya lagi sedap dari KFC. Itu yg membuatkan aku rasa lebih teruja utk mencuba.

Maka hari ini, aku ngan kak nina pi lah ke MFC tu.. Kami janji jumpa dekat Den Haag Central. Tak sampai 5 minit tunggu kak nina ngan frank (hubby kak nina) pun sampai. Dari situ, kami ambil tram utk ke MFC (Naik turun train dan tram kami mencari MFC. sanggup tuuuu... ) Pi plak time peak hour.. org tgh balik kerja.. hmm.. sarat tram tuh.. takpe, janji sampai...

Sampai jek kami pun terus order.. aku order set yg ada ayam, fries ngan salad. Memang sedap. Berbaloi rasa datang jauh2 keh keh.. Abg lak order fish set yg ada fish fillet, fish nugget, sotong, fries dan salad. Tapi.. abg punya meal agak kureng rasanya.. patut pun kak nina tak berapa nak promote fish set ni.. Aku plak memang puas hati.. kejap je aku selesaikan semuanya.. cacing dalam perut pun memang tengah buat tarian mak yong (lapar).. apa lagi.. sakanlah aku.. heheheee... Firdauss as usual dia suka makan fries jek. Disebabkan tempat baru.. dia adalah merengek kejap2.. Maklum.. tak biasa... Lepas dah lama sket baru ok.. kak nina kata Firdauss pandai berlakon (macam dia jugak.. hehehee :p). Sebab he cries only for attention.. once u take him from the seat, he will automatically shut his mouth.. sambil tersengih.. ngeh ngeh ngeh... notty...

Alhamdulillah.. nasib baik cuaca best hari ni.. Ramai betul mamat dan minah dutch yg melepak.. Sepatutnya tadi, lepas makan nak singgah Albert Hijn. Nak beli barang2 dapur sket. Memandangkan kami tak solat asar lagi, maka ke rumah teruslah jawabnya.. Besok baru pi shopping. Rasanya kena buat dua trip. Sorang pi Albert Hijn, sorang pi Wah Nam Hong. Siapa nak bawak Firdauss? Abglah... heheheeheee...

Oh, lupa pulak.. Dinner tadi ditaja oleh Frank.. patut makanan tu rasa sedap jek.. rupanya makanan free... heheheeee.. Thanks Frank.. Next time we'll treat u ok? Haaa... lagi satu nak cerita.. borak punya borak punya borak... rupanya anniversary kami samaaaa.. 2 pasangan ni berkahwin pada 28 August 2004 yg lalu.. alkisah... heheheee.... boleh celebrate sama nih.. :) celebrate ke? kuang kuang kuang....

Pregnancy...

Tahun 2006 ni ramai betul kawan2 aku yg pregnant :) Ada yg sudah melahirkan.. ada yg masih memboyot. Tidak kurang juga yg sedang menghitung hari. Ada juga pengalaman pahit best friend aku yg gugur kali kedua. Kalau kali pertama kandungannya hanya mampu bertahan selama 2bulan (kerana demam panas), kali kedua pula semasa 9 bulan ketika hanya menunggu hari je lagi.. Kuat betul dugaan Tuhan utknya. Semoga dia tabah..

Last week aku called mak dia bertanya khabar. Selalu sangat aku takde rezeki nak cakap sendiri ngan dia. Dia dan suami masih berada di Pulau Tioman menghabiskan cuti. Well, mak dia kata.. kawan aku ni belum sihat sepenuhnya.. ada masa dia ok. ada masa dia teringat jugak kat arwah baby boy dia.. Semoga kawan aku dikurniakan rezeki yg lebih dari itu di masa akan datang. Aku sayang sangat kat kawan aku ni. Nama dia Istilah Semesta binti Abdul Aziz (unik kan nama?). Kami berkawan dari sekolah rendah lagi. Masa sekolah dulu, aku ngan dia prefect. Dalam kelas kami, kami berdua je yg pakai baju biru. Cikgu ngan bebudak sekolah selalu confuse aku ngan dia. Muka dan size badan kami dikatakan sama. Macam kembar. Kembar lain mak lain bapak.. hehehhh.. So, orang selalu panggil aku istilah.. dan orang selalu panggil dia rozita. Kami pun dah biasa ngan keadaan tu.. We have very strong chemistry. Somehow, masa memisahkan kami.. After 2 years we've been seperated, kami berjumpa balik di UUM.. but things will never be the same again. Masing2 dah ada komitmen. Course pun berbeza. Dia course business dan aku pulak course IT. Jumpa pun sekali sekala.. itupun kalau terserampak kat dewan kuliah atau mall.

Kami nikah pun bulan yg sama, tahun yg sama. Dia kawin 2-3mggu awal dari aku. Unfortunately, kami tak hadir di hari pernikahan, mahupun majis persandingan masing2.. Aku regret sangat tak dapat pi wedding dia. Tapi, aku takda pilihan, dia buat majlis waktu malam dekat satu dewan di Selayang. Walaupun masa tu abg offer utk hantar aku, aku reluctant to go berdua ngan dia malam2 camtu. Tak manis rasanya. Nak ajak mama, mama pulak tak berapa sihat time tu... So, petang hari persandingan istilah, aku pi rumah dia hantar hadiah, dgn harapan boleh jumpa dia. Takda rezeki lagi sebab istilah ngan suami baru je keluar setengah jam lalu ke dewan utk bersiap2... -sigh-

Lepas tu, lama jugak kami terputus hubungan. Masing2 bz ngan kerja dan duty as a wife. Paling2 pun kami bersms atau call sekali sekala. Kami sepatutnya berjumpa last raya masa open house sorang kawan kami, Zaiyurah. Unfortunately, aku sampai je rumah tu, dia baru je balik 10 minit yg lepas. Tu lah.. tak plan betul2... So, takda rezeki lagi.. 2-3 bulan lepas tu, dlm 2minggu aku asyik mimpikan dia jek. Mimpi mak dia, mimpi family dia. Aku rasa cam something wrong somewhere. Rasa tak sedap hati sangat. Naik risau pulak aku. Aku pun call dia, bertanya khabar dan aku cakap ngan dia aku asyik mimpikan dia jek lately.. aku cakap ngan dia yg aku tak sedap hati.. dan dia jawab "belum meletup daaa.. semua ok.. hidup lagi..."

3 hari lepas aku call dia, aku terima panggilan dari kawan aku zarita. "ita, anak istilah meninggal..." aku rasa macam nak pitam masa tu. menggigil lutut aku.. seminggu aku trauma mengingatkan kawan aku tuh. Buat kerja pun tak lalu. Basuh pinggan pun boleh pecah. Dalam kepala ni asyik berlegar jek berita kawan aku tuh. Rumah aku ngan dia tak lah jauh sangat. Tapi, aku betul2 takda kekuatan nak jumpa dia. Tak tahu apa yg patut aku katakan.. Besoknya, lepas balik kerja, aku ngan abg terus pi rumah dia.. unfortunately, dia masih di wad.. Masa tu, hanya pakcik (bapak istilah) yg ada kat rumah. Pakcik kata dah lama tak jumpa aku. Pakcik pun bertambah kurus dek penyakit kencing manisnya. Pakcik pun mula bercerita akan kejadian sebenar...

Pakcik kata, istilah cerita malam tu dlm pukul 12, baby dia bergerak agak aktif, tak nak duduk diam. . Tak ada tanda2 luar biasa. Pukul 3 pagi, istilah bangun nak ke tandas. Bila dia bangun, dia tengok cadar dah penuh dengan darah. Dia tak rasa sakit apa2 pun. Dia panggil mak dia. Mak dia kata, mungkin dah nak deliver ni.. Dgn perasaan excited, dia dan suami pergi ke hospital. Sampai je kat hospital, doktor kata anak dia dah 'tak ada'... sedihnyaaaaaaaaa.... tak dapat aku bayangkan. Doktor nak buat post mortem kat anak dia utk tahu penyebab sebenar. Tapi dia taknak. Tak sanggup melihat babynya dibedah. Pakcik kelihatan biasa, tapi aku tahu dia bersedih. Pakcik cakap, baby cot, baju baby dan semua peralatan yg telah tersedia dlm bilik, semua suami istilah dah bukak dan bungkus semula. Ia diletakkan di satu tempat yg istilah takkan nampak. Aku pesan pada pakcik supaya selalu tengok2kan istilah.. jgn biarkan sorang2.. Sebelum aku balik, aku sempat kirimkan salam pada makcik (mak istilah).

Besoknya, aku call makcik, makcik mintak maaf banyak2 sebab istilah tak nak jumpa siapa2 pun masa tu. Dia belum ready. Even her cousins also were not allowed to see her. Itu permintaan dia, so aku kena hormat. 3 hari istilah duduk di wad, baru anaknya berjaya dikeluarkan secara normal. Bayangkan betapa pilunya hati seorang ibu yg terpaksa meneran keluar 'anaknya' yg telah 'tiada'. "Ya Allah, sesungguhnya Engkau hanya memberi ujian yg termampu digalas oleh hambaMu. Janganlah Engkau uji kami dgn sesuatu yg kami tidak mampu, dan itu jugalah janjiMu... " Mungkinkah hadiah yg kubeli awal2 utk istilah yg kemudiannya kuberikan kepada anak sepupuku yg lahir 3 hari sebelum kejadian itu menunjukkan satu tanda? Mungkin...

Kejadian ni berlaku 2 mggu sebelum aku berangkat ke sini. So, dalam 2 mggu tu aku call makcik utk tahu latest condition dia. Paling menyayat hati aku apabila makcik kata bila istilah ingatkan baby dia.. dia akan menangis sambil berkata... "nak baby... nak baby..." arggghhhh.... sedihnya.... arwah yg seberat 3.6kg itu dikatakan mirip wajah ibunya, dan berkulit cerah. Bak kata makcik, baby tu pun tak nak berpisah dgn ibunya. 3 hari baru boleh dikeluarkan. Istilah punya frust sampai taknak tengok baby tu sambil berkata... "tanam je lah..." sedih laaaa..... Sampai sudah aku tak jumpa istilah. Sehari sebelum aku bertolak ke sini, aku nak pi rumah dia.. tapi, makcik kata baru semalam dia pergi ke rumah mertuanya.. Apa lagi yg boleh aku lakukan selain dari berkirim salam :( Takpe lah.. walaupun kami jauh dan sukar ditemukan.. kami tahu yg kami tetap mengingati each other...

Actually, hari ni bukan aku nak cerita pasal istilah.. aku nak cerita pasal pregnancy.. Dah terbabas pulak.. Susah betul aku nak lupa cerita tu.. ibarat cubit peha kiri, peha kanan pun terasa.. Bila difikirkan.. Itu semua takdir.. Jalan cerita hanyalah penyebab.. "Kun fayakun - Jadi, maka jadilah" Allah kata. Malah, tidak akan gugur wahai sehelai daun kering tanpa izin Allah. Kesimpulannya, walau dalam apa situasi pun, kita hanya mampu merancang, berusaha yg terbaik, berdoa dan bertawakkal. Selebihnya.. hanya Allah yg menentukan kerana Dia lebih tahu apa yg terbaik utk hambaNya. Wallahu'alam....

So, kepada Izahanim, Aiza, Salmah, Rafidah dan Kak Azah, tahniah di atas kelahiran baby girl anda. Kepada Kak Nursham aka Kak Enon, tahniah di atas kelahiran baby boy (pandai bancuh 2 laki 2 pompuan nooo... selang seli pulak tu... kena tanya tips ni :p) Kepada Kak Lini, Kak Nina, Gee, Sue (wife zam), Aza (Wife Nahar), Intan Maizura, Intan Harnani, Mai, Latifah, and the latest good news from our newly bride Rozie... Enjoy your pregnancy.. Jaga baik2 noooo... Special congrats to Azema.. Penantian 8 tahun berakhir juga dengan kandungan anak kembar... Jaga baik2 tau.. ieee... bestnya kembar... Nak jugaaakkkkk.. heheheee...

Alhamdulillah... semakin bertambah umat Muhammad...

Tuesday, August 15, 2006

Ada ke patut?

Setelah berkali2 aku buat muka belas kasihan kat abg, akhirnya nak juga dia temankan aku pi ke Concultatiebureu dekat Coorswijksessigel utk amek BMR vaccination for firdauss. Kalau boleh memanglah taknak nyusahkan abg.. tp, aku tak laratlah nak angkut 10kg firdaus with his 6kg pram utk panjat tangga tram. Bilalah tram no. 8 ni nak diupgradekan? Kalau yg baru tu kan senang sikit nak bawak masuk keluar pram.. memandangkan ini adalah kali terakhir utk firdauss amek his injection until 4 tahun nanti, so.. oklah kut kalau aku nyusahkan abg.. keh keh keh.

What a bad day... pagi2 aku bangun aku teringat yg aku tak jumpa lagi buku checkup firdauss yg kononnya aku nak baca hari tu. Buku ni mesti bawak. Tak boleh tidak. Nak separuh gila aku mencari satu rumah ni. Rumah bukanlah besar sgt.. tp boleh tak jumpa? hangin betul aku pagi2. Appointment pukul 11am. By 10.15am MESTI dah keluar rumah. Jam dah menunjukkan pukul 10.20am. Aku masih mencari buku tu dannnnn akhirnya aku jumpa. Dekat mana? Dekat belakang frame gambar kat atas rak. Macamana boleh ada kat situ aku pun tak tahu (tak nak ngaku pelupa :p). Kesian abg, penat dia cari.. hehehee... dan apa lagi, kami pun berlari2 emak keluar. Sampai jek kat tram stop, tram no 8 baru jek lepas... arggghhhh... geramnya...

Pukul 10.45am baru tram seterusnya sampai. Masa dlm tram, aku ngan abg tak banyak cakap dah.. sebab tau kami akan sampai lambat. Lepas lima minit perjalanan kami pun turunlah tram. Sekali tengok.. alamakkkk.... salah stop da... jauh lagi.... tadi tengok kat signboard tulis next station. Nak marah kat abg takleh jugak, yg aku pi turun sama tak tengok2 siapa suruh.. Mak aiii.. jauhnya lagi.. Sekali lagi kami berlari2 emak. 20 minit lari wooo... nak termuntah aku kepenatan. Maklum, dah lama tak exercise.. Pancet beb..

Sampai kat Concultatiebureu pukul 11.10am. What else we can say? Say sorry je lah.. hehehee... Tercungap2 aku masa tuh. Firdauss jugak relax. Lepas dah amek berat ngan ketinggian dia.. kami pun jumpa doktor. Borak punya borak punya borak... rupanya.. doktor yg sepatutnya inject Firdauss tak datang hari ni.. pi vacation katanya... ADA KE PATUT? doktor yg entertain kami tu tak boleh nak bagi injection tu.. adoiiiiii... geramnyaaaa... nasib.. nasib... so, kena buat appointment baru.. next month kena datang balik. huhuhuhuuuu... nampaknya aku kena buat muka seposen lagi lah kat abg next month.. dan selamat lah Firdauss hari ni...

Sunday, August 13, 2006

Syioknya bagi burung makan


Hari ini seperti hari2 Ahad yg lalu, dekat pasar Blaak ada Flea Market. Aku ajak gak abg pi sebab nak carik stokin Firdauss. Semua stokin dah kecik, yg ada pun just muat2 jek. Sekarang ni dah approaching to autumn. Asyik hujan jek. Sejuk. So, aku prefer firdauss pakai stokin all the time, dari pagi sampailah besok pagi.. heheee... Biar tak masuk angin perut dia. Kalau kembung perut aku ngan abg gak yg susah. Macam omputeh kata, prevention is better than cure.. tak gitu? Cari punya cari, dapatlah 3 pasang yg berharga 1eu sepasang. Jadilah.. Lain kali beli lagik..

Balik dari Flea Market kami straight pi bagi burung makan sambil menikmati angin petang. Tempat tu tak jauh dari rumah kami. Dekat2 dgn Station Blaak. Ada 1 arca dikelilingi tempat duduk. Memang kat sini tempat orang selalu bagi burung makan. So, kami ambik satu port yg menghadap ke Cube House dan Pencil House. Memula, takde sekor pun burung kat situ. Aku campak je roti, sekor2 mula datang, sampailah kami dikelilingi merpati dan burung2 yg lain (aku kenal merpati jek :p). Rasa best jek masa ni. Seronok tengok burung2 tu berebut roti. Ada yg sampai gadoh.. nasib tak sampai bertumbuk.. hehehee... Firdauss pun enjoy je tengok gelagat burung dan manusia yg pelbagai rupa, warna dan size yg berlegar2 di kawasan tu... Kami balik ke rumah dgn hati yg lapang dan gembira.. (macam karangan budak darjah 4 pulak heheee...)

Saturday, August 12, 2006

Bicara Pertama

Diam tak diam, pejam celik pejam celik dah 4 bulan 17 hari aku hidup di bumi Rotterdam ni. Bila tengok angka tu macam baru je lagi. Tapi, kerinduan tahap maksima terhadap family membuatkan aku rasa macam dah lama sangat kat sini. Ye lah.. aku mana biasa duduk jauh-jauh ngan family aku... paling jauh pun masa study kat uum. Bukan tak happy duduk sini.. happy tu happy.. tapi rasa like something missing.. -sigh-

Tadi kak nina ngan rozie singgah rumah lepas balik dari pasar. Aku pun masaklah char kueh tiaw yg tak berapa nak char.. hehee... Apa insiden yg berlaku kat dapur tadi... biarlah aku, kak nina dan rozie yg tahu... hahahaaaa... malu.. malu....

Hari ni ada Dance Parade kat belakang rumah aku. Bunyi muzik sampai ke rumah dengar. Ingat nak pi lah jenguk2 kejap (jenguk je.. tak joget takkk...) tp hujan serta angin yg sejuk membuat aku dan abg rasa malas betul nak keluar. Nak2 bila fikirkan buah hati kami, Firdauss. Kesian pulak dia kesejukan nanti. Pukul 5 ptg hujan dah reda. Oklah, kami pun siap2 nak keluar.. tiba-tiba....

aku: asal senyap je bang? dah habeh ke?
abg: ntah ler, nanti abg check website jap.. laaa.. dah habeh.. pukul 5 habeh..

hmmm... apa lagi. bukak baju sejuk.. lepak depan tv...
pastu borak jap ngan mama ngan akak thru webcam. Lepassss rindu...

My Photo
Name:
Location: Rotterdam, Netherlands

26th*Female*Dutiful Mom to Firdauss Haqimie and Faithful wife to Mohd Fadzil*Malay Malaysian*Fulltime housewife*


The WeatherPixie