Monday, October 30, 2006

Good Bye Summer, Welcome Autumn

Bermulanya semalam maka berakhirlah musim panas, dan bermulalah musim sejuk..
Begins with Autumn and will be end with Winter. Ini juga menandakan berakhirlah “Daylight Saving Time”. Semua jam di dinding2 rumah dan jam2 tangan diputarkan 1 jam awal. Kalau sebelum ni, beza waktu dgn Malaysia adalah 6 jam, kini kita berbeza 7 jam. Night will be longer, daylight will be shorter.. Waktu solat pun rapat2…

Some will pack their summer clothes and unpack their winter clothes. As for me, there’s nothing much different. Baju dlm gobok pun bukan banyak sangat. Let them stay there as long as it could. Jangan berkulat udah.. keh keh… (Actually, I’m not a person who like to pack and unpack things… itu sebenarnya.. kwang kwang kwang…)

Hmmm, as autumn begins, leaves are turn to yellowish and brownish before they fall.. This beautiful scenery really catches my eyes whenever I glance at it… (rasa macam nak kecek omputih pulak hari ni.. who cares? ) Feel like I’m living in a postcard with everything nice surrounded by me.. I don’t mind to stay there, just enjoying seeing leaves falling from trees… It’s OK even for hours.. Subject to anybody who could take care of my toddler… ngeh ngeh ngeh… Anybody who volunteer to be? :)

I've snap a few picts of yellowish and brownish tree nearby my house… Lord creations always amaze me... As this is the first time I'm living in 4 seasons country.. so, it's a good thing to appreciate before it's all gone with the wind...


Saturday, October 28, 2006

Raya, Tioman & Salam Perantauan

Memandangkan Abg amek cuti hanya sehari utk berhari raya (no public holiday!) maka, hari raya kedua dan seterusnya kurasakan seperti bukan berada dlm bulan Syawal. Hmmm, aktiviti harianku berjalan seperti biasa.. Tiada yg luar biasa... Tapi, apa yg berbeza, aku terlebih rajin calling2 sedara mara terutamanya mak pak sedara dan sepupus utk wish selamat hari raya dan memohon maaf zahir dan batin. Habis nama2 dalam senarai buku telefon aku call.. melepaskan rindu pun iyer jugak... Kawan2 tak semua lah aku call.. sebab kalau call kawan2, masing2 tak reti2 nak berhenti borak.. mengimbas nostalgia sudah pasti.. hehehee... Paling2 pun, aku hantar sms atau e-card je lah tanda ingatan..

Hmmm... kakak dan mama takder kat rumah sekarang ni.. Pergi menghantar sedara kahwin.. Dapat orang Tioman.. Sambil2 bercuti lah pergi tu.. Bila lagi nak menyambil.. Kalau aku ada kat Mesia.. sure aku ikut :) Boleh lah singgah di Paya Beach Resort tempat Aku dan Abg honeymoon dulu.. eeeuuwwwwww.... Mengimbas kenangan manis lah pulak.. ;) Kalau aku ada peluang, aku nak pergi sekali lagilah Tioman.. Best tahap cipan.. cipan pun tak pernah rasa best macam aku.. hahahaaa (apa yg ko merepek ni labu). Kenangan paling best kat Tioman adalah memberi ikan makan di tapak tangan.. perggghhhh... manja sehhh ikan2 kat sana.. manja ke? jinak kut.. :p

Masa buat snorkeling tu kan, hulur je buat mangga kat tangan.. Sure berduyun2 ikan datang pagut isi mangga tu. Moral of the story, kalau gi snorkeling kat mana2, jangan lupa bawak buah mangga.. Memang best sangat rasa.. Siap boleh usap2 belakang ikan tuh.. Kalau gi Tioman kan, jgn lupa singgah kat Marine Park. Kat sini, sesiapa yg penyegan nak berenang, just gi jer dekat pantai.. Air paras peha pun dah boleh bagi ikan makan kat tangan.. Aku paling suka tengok ikan rainbow... cantik bangat... Kalau agak rajin lebih sikit dan agak2 berkesempatan, buatlah jungle tracking sekali.. Seronok. Boleh melihat keindahan flora dan fauna :) Dah macam Duta Tioman pulak aku nih.. hahahaaa...

Hmmm... oh ya.. Dah hari kelima raya, baru muka aku keluar kat paper utusan... Jadiklah pada takder.. btw, gambar dan ucapan yg sama dah pun keluar kat Harian Metro 2 minggu sebelum raya :) Kepada sesiapa yg tak berkesempatan nak beli paper.. Boleh lah tengok kat Salam Perantauan.

Terharu betul bila dengar kakak aku citer yg Pak Long siap potong dan letak gambar dan ucapan ku dalam frame. Gambar anak dia sendiri pun, tak semua yg diframekan. Aku sayang Pak Long. Pak Long pun selalu cakap dia sayang kan aku. Masa kat KL dulu, kalau aku lama tak tepon Pak Long tanya khabar, mesti Pak Long tepon aku utk memastikan kesihatan dan kesejahteraan aku. Segan jugak rasanya.. Ada ke pak sedara tepon anak sedara.. tak senonos.. Sayangnya aku kat Pak Long. Rasanya, nak cari something special lah utk Pak Long dan Mak Long bila balik Mesia nanti... Umur Pak Long nak dekat 80.. Tapi, orangnya masih berkarisma. Sekali sekala, penyakit tuanya ada jugak berkunjung.. Pak Long sangat dihormati oleh setiap ahli keluargaku. Pak Long jugalah yg menjadi jurucakap masa proses merisik dan nikah aku dulu.. Maklum. ayahku sudah tiada... Semoga Pak Long dan Mak Long dipanjangkan umur, diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki selalu.. aminnnnn...

Friday, October 27, 2006

Beraya di Malaysian Embassy

Sambutan Hari Raya utk rakyat Malaysia di Holland telah diadakan di Malaysian Embassy (ME) di The Hague pada 23 Oct 2006, Isnin yg lepas. Aku ngan Abg join rombongan kawan2 di Delft utk ke ME. Sebabnya, ini adalah kali pertama kami naik public transport utk ke ME. Takut sesatlah pulak mencari ME di pagi2 raya. Kali pertama sampai ME dulu, consultant bawak.. dok menyandar je lah.. tau2 dah sampai... :)

Lebih 10 org jugaklah rombongan ke ME dari Delft. Seronok sangat. Meriah rasanya. Org2 Dutch tengok pelik semacam jer pakaian beragam yg kami kenakan. Dgn baju melayu, samping, kurung dan kebaya.. Masa ni lah pun nak tunjukkan baju kebudayaan kita.. Bila lagi? Perjalanan dari Delft ke ME menaiki tram adalah lebih kurang 45 minit. Perjalanan dari Rotterdam ke Delftmenaiki train pula mengambil masa lebih kurang 20 minit. Tapi, kali ni lambat sikit sebab peak hours - org nak gi kerja pagi2 Senin. So, dlm 30 minit jugaklah baru kami sampai Delft.

Sampai ME, takbir masih bergema... Alhamdulillah.. Menurut org2 senior, tahun ni sambutan di ME lebih meriah dan lebih ramai. Mungkin sebab students kita semakin bertambah di sini. Lepas solat raya, kami pun menjamu selera. Pelbagai makanan disediakan. Ada lemang, ketupat, ketupat palas, nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, rendang daging, dalca, nasi briani, nasi minyak, ayam masak merah, jelatah (setengah org panggil acar nenas) dan lain2..

Oh ya.. sambutan Deepavali pun diadakan utk rakyat Malaysia yg beragama Hindu. Tapi, tak ramai lah yg datang.. Laku betul muruku hari tu.. sedap.. rangup dan lembut.. heheheee... Ada jugak kek, biskut, manisan dan lain2.

Di kesempatan ini jugaklah kami menambah kenalan baru. Ada yg baru sampai, dan ada juga yg dah lama menetap di sini. Hmmm.. lepas rindu sekejap bila dikelilingi suasana hari raya macam ni.. Terasa seperti berada di sebuah rumah terbuka hari raya di Kuala Lumpur.. ;)

Lepas kenyang dan puas berborak, kami ke rumah terbuka Malaysian Commisioner of Trade yg terletak tak jauh drpd ME. Kira2 dalam 3-4 minit berjalan kaki. Dekat sini pulak, kami pekena laksa Johor. Ada jugak juadah yg lain, tp tak larat dah nak makan. Perut dah sendat. Lepas makan2 dan borak2 lagi (apa lagi nak buat.. hehee..) kami pun balik... Khalik ngan Nazri ajak gi beraya kat Delft, tp kami terpaksa tolak sebab dah janji nak gi rumah Kak Nina.

Sebelah petang pulak, aku ngan Aiza pakat gi rumah Kak Nina.. Aiza bawak nasi ayam ngan rendang daging. Aku lak bawak nasi impit, kuah kacang dan mee goreng basah. Pekena makan2 lagi 1 round.. perggghhhh... bertambahlah segala lemak2 di badan.. (masa makan tak pikir.. lepas makan baru nak nyesal2.. hahahaaa...) Kak Nina yg masih dalam pantang pun, cuit2 jugak makanan.. nak jaga hati tukang masak aku rasa.. hehehee... Bedal je lah Kak Nina.. ubat kan ada ;) muahahaaa..

Kesian Kak Nina tak dapat join event kat ME. Tapi takpe, Kak Nina lama lagi dekat sini.. Pagi2 raya Kak Nina yg siap berkebaya dan Frank yg siap berbaju Melayu dan samping, menghabiskan masa di hospital bersama Baby J - Johan. Kak Nina kata, berat Baby J dah nak dekat sekilo. Happy jek aku dengar... Semoga Baby J terus sihat, dan membesar bagai Johan :)

Inilah kenangan2 sehari berhari Raya..




Thursday, October 26, 2006

Story Malam Raya..

Setelah genap 30 hari berpuasa (secara umumnya), maka kami akan menyambut Hari Raya pada hari Isnin bersamaan dgn 23 Oct 2006 atau 1 Syawal 1427H. Malaysia pula beraya pada keesokan harinya. Dari pagi aku sibuk merancang utk membuat persiapan di pagi raya.. especially, bab2 makanan lah.. Abg request nak makan ayam percik kuah putih utk pagi raya. Pastu, Abg nak kuah kacang dan nasi impit juga.. Memandangkan Abg nak makan ayam percik, aku offer utk buat hari ni terus utk juadah berbuka puasa.. Abg set ajer.. Sebab aku kata, aku nak masak rendang ayam sok..

Tapi kan.. dah sampai pukul 5 petang, baru aku notice aku tak buat 1 benda pun lagik.. Kononnya nak buat biskut choc chip.. tak menjadik jugak.. Kononnya nak buat rendang, malas pulak aku nak buat kerisik. Sudahnya, aku buat nasi impit ngan kuah kacang jer.. itu pun semua sekali siap nak dekat pukul 12 mlm… hehehee… ntah apa yg aku buat, aku pun tak tau… Aku siap pesan kat Abg.. “Abg, org tak jadik masak rendang.. besok Abg makan rendang siap2 kat embassy tau..” hahahaaa… Seperti biasa, Abg OK ajer…

Yg pasti.. tadi aku call mama… borak2 ngan mama.. syahdu2… nangis2… Mama pun sebak.. tapi aku tahu, mama seorang yg tabah dan tidak mudah utk menjatuhkan air matanya.. Tapi, masa aku berangkat ke sini, masa kat KLIA.. nyata tidak terbendung air mata mama dari jatuh berguguran ke bahuku tatkala kami saling berpelukan.. Pelukan eratnya masih aku terasa.. Rindunya aku kat mama… ni yg nak nangis2 lagi nih.. huhuhuuu…

Mamaku seorang yg amat garang dgn anak2.. Aku memandangnya sebagai seorang yg perfectionist. Kalau aku buat kerja rumah, walau aku dah rasa sehabis baik, mesti ada komen yg tak sedap didengar drpd mama.. Kadangkala, aku rasa semua yg aku buat, serba tak kena.. Tapi, bila aku dah besar dan kenal erti hidup, barulah aku bersyukur kerana dididik dan diasuh oleh mama.. Mama menjadikan aku seorang yg amat sensitive dan peka dgn keadaan sekeliling.. Nak2 lagi bab2 menjaga hati org tua serta kesopanan dan kesusilaan.. (Dah mula nak menyimpang tajuk nih…)

Bagi aku, mamaku telah mengikut saranan Rasulullah utk mendidik anak dgn menggunakan konsep 7, 7, 7… 7 tahun pertama, layanlah anakmu seperti bayi. 7 tahun kedua, pukullah anakmu apabila dia membuat kesalahan. Dan 7 tahun ketiga, layanlah anakmu seperti kawan.. Memang 7 tahun kedua tu aku rasa, org yg paling aku takut dlm dunia adalah mama.. Aku ingat lagi masa aku 8 tahun, mama kejar aku satu rumah dgn rotan bila dia panggil mengaji 3-4 kali, aku buat dekkk je layan tv… ngeh ngeh ngeh… Mencecet2 aku lari.. puas main kejar2 kat bawah, aku naik atas.. mama kejar jugak sampai atas.. ingatkan dah tak larat nak kejar aku… Bila aku pandang belakang, alamakkk.. mak aku dah dekat.. zassss… kaki ku kena libasan rotan.. sakit wooo.. maklum, org tengah angin 1 badan.. heheheee… pastu.. apa lagik.. huwaaaaaa…. Bila ingat2 balik.. kelakor jugak.. kenangan pahit satu ketika dulu menjadi kenangan manis utk diingat sekarang…

Mama kalau ajar mengaji… garangnyerrrr… masa aku kecik2 dulu.. ramai datang ngaji kat rumah aku.. pernah sekali tu, nak dekat 30-40 org anak murid mama.. tapi, lepas dah dapat cucu, mama stop ajar ngaji.. nak tumpukan perhatian pada cucu pulak katanya.. Org panggil mamaku “Mak Lang”. Semua org tahu Mak Lang garang.. Mak Lang kalau tak kena gaya, dia sound direct jer.. heheee… Kalau ajar ngaji.. sure cepat dapat.. Mana tak nya… rotan standby ajek kat tangan.. kalau salah jek.. zasss… hmmm… peha aku ni puaslah kena zasss.. bila dah habeh ngaji.. selak kain tengok peha.. mesti ada kesan rotan.. kadang tu siap ada bentuk lengkuk lagi.. alaa.. macam hujung bulu ayam tuuuu… heheheee… Kerana zasss, zasss, dan zasss jugalah aku menjadi org.. kalau tak, jadi babun agaknya.. kah kah kah,, takder lah.. sajer melawak..

Bila aku semakin meningkat dewasa, layanan mama padaku semakin lama, semakin jinak.. naik form 3, dah takder dah zasss zasss nih.. Mama guna cara yg lebih berhemah.. Slow talk atau bermesyuarah.. ecehh.. iyelahh.. betul jugak.. kalau kena zasss time2 gini.. dah tader effect dah.. kulit dah kematu.. hahaahaaa…. Bila umurku mencecah 21 tahun.. mama semakin terbuka dan boleh diajak bab2 bercintun.. Semua rahsia aku cerita pada mama.. “Tiada rahsia antara kami” heheheee.. Kalau dulu, jangan haraplah ada budak laki tepon umah.. habis aku kena bamboo.. Keluar apatah lagik.. Ingat lagi 1 kes nih.. Ada sorang mamat ni, balik kerja dia selalu minum petang kat kedai bawah umah aku.. Agaknya dia selalu perhatikan aku kut.. Satu hari tu, dia tulis nama & no tepon dekat tisu.. dan bagi pada anak sedaraku yg tgh beli burger.. “Tolong pass dekat achu yer..” Yg anak sedara aku Afiq ni pun, tak pandai cover line.. Bila naik atas, duk terkepit2 tisu kat tangan.. Mama aku yg curious ni.. Tanya lah.. apa ada kat tangan tuh.. Aku masa tu kat dapur tgh prepare minum petang, tak tahu apa pun.. Tau2 mama dah turun “serang” mamat tuh.. bukan apa.. dia cakaplah baik2.. “Jgn kacau anak makcik yer.. anak makcik tu belajar lagik.. “ Masa tu umur aku dah 20 pun.. tgh mengaji kat UUM.. balik pun time cuti semester jek.. garang kan mama aku? Tapikan.. aku kesian kat mamat nih.. gatai pun iyer jugak.. kah kah kah.. ntah macamana dia boleh dapat no. hp aku.. aku rasa Afiq bagi.. maka, kami borak2 lah dlm tepon.. dialah yg selalu tepon aku pun.. Aku tgh mengaji.. mana nak ada credit banyak2.. Dia cakapkan, malunya masa mama turun bawah kasi warning sama dia.. walaupun takder org lain dengar (sebab mama cakap slow dan baik2).. Dia cakap terketar2 tangan dia pegang mug teh tarik dia.. kulit muka lak 5 inci tebal rasanya.. muahahaaa.. kesian2.. wrong timing lah brother..

Tapi, bila masuk jer umur yg ke 21 tahun.. mama encourage aku suh carik boypren.. hahahaaa.. cam automatic lak.. masa tu, aku takder someone special.. yg ada pun, seme jenis main tarik2 tali.. ieee.. tak minat aku.. tak lama lepas tu, Aku kenal Abg.. Abg kata aku adalah cinta pandang pertamanya.. dan aku adalah cinta pertamanya.. {shy} kah kah kah.. jiwanglah pulak.. Abg lak, kebetulan menepati standard yg aku tetapkan.. Anak sulong (aku kan bongsu, so kalau ngan sulong dia boleh beralah sket.. hehehee.. ), beza lima tahun, tak merokok, tinggal area lembah kelang (maklum, anak emak) dan yg paling penting, tak tinggal solat... So, Abg lah org lelaki pertama yg aku ajak datang ke rumah sebagai kawan dan someone special.. Alhamdulillah…

Jauhnya aku melalut kan.. dari story malam raya, story mama dan story Abg.. Terasa cam nak mengimbas kenangan silam pulak hari ni.. Mesti sebab rindu sangat ngan mama nih.. dah lah.. nak tido.. sok sambung lagi yer…

Projek Kuih Raya


Daripada 4-5 jenis kuih raya yg aku tulis dalam list, nampaknya hanya 2 yg terlaksana. Kan dah kata, aku diserang penyakit "semangat yang hilang"... Kalau raya tahun2 lepas, sakan aku mneguli tepung ngan mama.. Biasanya buat lebih sikit utk diberi pada mak dan pak sedara.. Antara kuih yg biasa aku buat tiap2 tahun ialah biskut Makmur, biskut Arab, biskut Kacang, Tart Nenas, Biskut Choc Chips, Cornflakes Madu, Almond London.. Itu kira yg wajib arr.. kalau aku terlebih rajin atau ada masa, aku akan try resepi baru yg agak2 menarik.. Biasanya tambah sejenis dua jek lagi.. Kek pulak, biasanya sejenis jek aku buat iaitu Moist Chocolate Cake... Yg ni biasanya ditunggu oleh sepupus2 ku.. Ada yg kadang tu suruh simpan sikit utk depa.. keh keh.. Dan tidak ketinggalan menu di hari raya adalah puding atau agar2.. yg ni biasanya bertukar setiap tahun.. kadang puding cocktail, kadang agar2 batu.. hmmm.. macam2lah.. ikut selera...

Tapiiiii... sekarang tidak lagi.. Takder motivasi langsung yg menggerakkan tanganku utk mencapai peralatan atau bahan2 utk membuat kuih.. Maka, apa yg terhasil cuma 2 jenis iaitu my all time feberet Tart Gulung dan juga kuih raya paling senang dalam dunia iaitu Cornflakes Madu.. Bahan2 yg telah dibeli utk kuih2 raya yg lain, masih tersimpan rapi.. sigh.. kalau lah mama ada.. :( Aku tak kisah kalau mama tak tolong buat pun.. just duduk tercongok depan aku pun dah cukup utk membakar semangat.. How I wish she was here, badly... :((

Tart Gulung

Cornflakes Madu

Wednesday, October 25, 2006

Selamat Hari Raya :)


Assalamualaikum wbt... :)

Lama gak aku tak update.. Banyak citer2 menarik yg pending utk diceritakan.. Ntahlah, lately aku diserang penyakit "semangat yang hilang". Mungkin pengalaman pertama beraya di rantau kut.. Maklum, anak emak.. InsyaAllah.. tahun depan ok sikitlah kut.. Aku mulakan penulisanku dgn ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog yg beragama Islam tidak kira saudara, teman, kenalan atau pun sekadar penyinggah ;) Semoga Raya kali ini penuh dgn keceriaan... Tak kisahlah belated wish pun kan.. Syawal kan sebulan... {big grin}

Friday, October 20, 2006

Jom tengok iklan RAYA

Ini adalah antara koleksi iklan raya yg aku suka bangat.. Sudah tentu dari PETRONAS :)
Layannnn...







Yang latest 2006 ni punya kan. aku macam pernah baca jek story line dia dalam email.. Tu laaa.. nak anak2 kita layan kita dgn baik satu hari nanti.. kita kenalah tunjuk contoh yg baik dulu.. barulah anak tu mengikut.. :) ehemmm.. sekadar peringatan utk diriku sendiri...

Wednesday, October 18, 2006

Sopping, Ice cream & Pizza

Makin nak ujung posa, makin menjadik penyakit "M" aku.. heheee... Projek kuih raya pun sampai hari ni tak buat2 lagik.. Hmmm.... semangat yg hilang betullah... kalau kat KL, seronok buat kuih ngan mama.. Biasanya, aku ngan mama jelah yg buat kuih.. Kakak aku biasanya buat kuih tunjuk jek.. Kalau aku buat pun.. alahai.. ada ke orang nak makan... huhuhuuu...

Apapun, aku ajak Abg gi Albert Heijn utk beli barang2 buat kuih. Sini, bahan2 buat kuih very limited la.. Kalau ada macam Bake With Yen kan bagus.. hmmm.. aku sempatlah beli telur, butter, fine sugar, brown sugar, badam dan hazel nut.. ntah buat ntah tidak.. biasanya, nak gerak tu yg malas tu.. once dah mula.. alamat berkampunglah aku kat dapur.. hehee...

Banyak gak beli barang2 tadi.. tp sayang laaaa... aku beli ice cream tadi.. cam cornetto tu.. tapi brand Albert Heijn.. Masa beli tu tak tengok lak ingredient.. Punyalah nak makan, sampai terbayang2 masa terawih.. cettt.. bila nak makan jek.. tengok ingredient.. alaaa.. ada gelatin.. takda rezeki betul... aku lah ni careless.. masa nak beli tak tengok2.. kan dah membazir tuh.. dah lah dalam kotak tu ada 8 ketul.. hmmm... agak2 burung merpati kat bawah umah ni makan ice cream tak? siapalah aku nak bagi...

Tapi kan.. kat sini, kalau brand Uniliver atau Walls, gelatin yg digunakan halal tau.. Sebab, bahan yg digunakan adalah daripada binatang yg disembelih secara halal.. dan emulsier yg digunakan adalah plant base.. Abg siap buat research lagik pasal ice creame nih.. Boleh rujuk website Uniliver atau Walls.. Tapi bila masuk website Albert Heijn, depa tak tulis pun sumber2 bahan yg digunakan.. So, tepuk dada tanya selera.. Sekian info ice cream utk hari ini..

Lepas sopping2.. tengok jam dah pukul 5.30pm. Satu menda pun tak masak lagik. Tetiba Abg offer.. "Nak makan pizza ke?" "yeayyyyy..." baik dan understandingnya suami aku ni kan.. Pantang tengok aku letih2 sket.. Aku tak mintak pun.. Tapi, kalau dah ada yg offer.. thehehee.. Rezeki jgn ditolak dong...

Maka, inilah menu berbuka puasa ku hari ini.. Aku tahu ini bukan selera Abg.. Abg prefer makan nasi ngan ikan dan sayur goreng lagik.. tp, sayangkan isteri punya pasal.. hehee.. sahur nanti orang masak nasi 'eh.. orang masak sotong singgang feberet Abg, kangkong goreng belacan feberet Abg gak ngan pedal goreng.. ok..? simple2 je lah bang yea.. dah nak raya pun.. mood raya dah ni.. heheheheee...


Pizza ada telur kat tengah

Doner Kipfilet & Schotel

Nak sikit? :)

Sunday, October 15, 2006

Hectic & Happy Sunday

Hari ni, aku ngan Abg menziarah Kak Nina dan Baby Johan di Erasmus MC. Walaupun time melawat dah habis, aku berjaya gak jumpa Kak Nina dan Baby Johan atas kebijaksanaan Frank. Walaupun tak lama dapat berjumpa ngan Kak Nina, tapi aku puas sebab dapat tengok Baby J dari dekat. Aku masuk satu bilik khas yg menempatkan Baby J dan rakan2nya yg mempunyai kes yg lebih kurang sama.

Bila aku tengok Baby J, aku terus memuji kebesaran Allah... Sungguh indah ciptaanNYA. Baby J yg seberat 815gram dan dgn ketinggian 35cm itu sungguh aktif di dalam incubatornya.. Matanya ditutup dgn kapas.. kulitnya nipis kemerahan. Jari jemarinya panjang dan halus menanda dia akan menjadi org yg tinggi bila dah besar nanti. Aku hulurkan jari telunjukku ke gengamannya.. lalu Baby J menggenggam erat jariku... syiokkkknyaa... rasa dan dan tu jugak aku nak baby baru.. hehee... Menurut Frank, Baby J akan duduk di hospital 2-3 bulan lamanya sehinggalah keadaannya betul2 stabil. 2 minggu pertama akan menjadi minggu yg critical utk Baby J cope with his new environment. Tak sampai hati jugak tengok wayar2 di badan Baby J :(

Lepas bergilir2 tengok Baby J ngan Abg, dan ditemani Frank, kami pun mencuba nasib utk naik ke wad Kak Nina. Degil betul kitorang ni.. Masa memula naik tadi dah kena sound ngan nurse.. seb baik second time naik, tak jumpa dah nurse tu.. hehee.. jumpa nurse lain pulak.. tp kitorang cakaplah nak jumpa kejap jek.. nak hantar hadiah.. Memang kejap pun aku jumpa Kak Nina, tak sampai 15 minit pun. Tapi puas...

Balik je dari spital, aku ngan Abg rasa nak bawak Firdauss gi sessi beriadah.. kat dataran bawah rumah je.. kat sini banyak burung merpati.. bila dah masuk musim sejuk ni.. banyak jugaklah burung2 besar yg terbang dr laut.. Sementara tunggu Abg naik rumah amek roti dan nasi, aku biarkan jer Firdauss jalan dgn bebas kat dataran tu. Firdauss pun dah berani halau burung sekarang. Aku rasa, mesti makcik yg bagi burung makan tu bengang.. Elok2 dia tgh bagi burung makan.. datang Firdauss.. dia angkat dua2 tangan sambil menjerit.. maka... macam tak cukup kepak burung2 tu semua bertebangan. Aku bior jek.. heheee...

Lepas dah puas biarkan Firdauss main2 ngan bagi burung makan.. aku ingat nak jenjalan kat Pasar Blaak. Angin pun sejuk dah sekrang ni.. Sampai ke tulang rasanya.. So, cecepatlah kami bergerak.. Tak tahannnn....

Masa tengah round2 kat pasar, Muaz call.. kata member2 nak tumpang solat marghrib kat umah lepas menziarah Kak Nina petang ni. Aku ngan Abg ingat nak buat Iftar terus lah.. dah alang2 member nak sampai rumah.. Bukan senang nal kumpulkan kawan2 nih.. kalau timing tak betul, memasing ada hal.. Masa tu pukul 3 lebih dah.. Aku lak masih berfoya2 di Blaak. Sempatlah rembat baju tidur ngan baju winter utk Firdauss.




Sampai rumah, nak dekat kul 4.. Terus fikir menu.. Abg dgn bernasnya contribute idea berpandukan stok yg ada dlm fridge. Dalam masa 2 jam setengah aku ngan Abg berkungfu dan berkuntau di dapur.. maka siaplah ayam masak paprik, paceri nenas dan sup petola ngan sayuran hijau. Simple2 jek.. yg penting niat.. Memandangkan aku tak sempat nak buat kuih, maka Abg buat roti selet kaya jer.. heheee... :) air lak, buat air ribena ngan kopi..

Sepatutnya, lepas menziarah Kak Nina, member2 semua nak makan luar.. kiranya.. aku potong diorang punya plan lah nih.. takper.. Hotel BAZZAR tu bukak tiap2 hari.. Rumah aku terbuka utk hari ni jek.. muaahahahaa... kesian diorang.. tp, memandangkan yg nak makan sgt calf ribs ni, mama to be - Rozi dan mama Dora.. maka, diorang beli jugak dan tapau ke rumah ku..

Maka, dapatlah merasa makan calf ribs kitorang semua harini... Banyak pulak tu Dora & Muaz beli.. siap dgn set sekali.. ada roti, potato dan pickels.. memang puas hati lah.. sedap tuuuu... Thanks Dora, Thanks Muaz.. Rozi lak bawak bubur jagung campur keledek.. Kak Lin lak bawak bihun goreng.. hmm.. secara tak langsung, meriahlah sket makanan yg ada... Thanks Rozi, Thaks Kak Lin..

Lepas solat marghrib berjemaah, sambil makan2, Abg pasangkan Konsert Final AF4 atas permintaan ramai.. cewahhh.. so, meriah jugaklah malam tu.. seronok tengok citer ramai2 ngan kawan2 walaupun tengok citer yg dah tengok. Tapi, yg banyak tengok kaum2 bapa lah.. kaum2 ibu duk melayan anak2 dlm bilik guest room, sambil chit chat..

Secara keseluruhannya, aku ngan Abg puas hati ngan Iftar yg cukup simple ini.. Tak sangka, Tuhan bagi juga peluang kami buat Iftar di rumah sendiri walaupun secara kecil2an.. Alhamdulillah.. Semoga kita sama2 mendapat keberkatan Ramadhan..

Penulisan hari ini diakhiri dgn ucapan terima kasih kpd semua yg datang ke rumah kami utk Iftar : Rozi, Fariza, Kak Lin, Abg Man, Dora, Muaz, Gee, Fikri, Khalik, Nazri dan kanak2 riang..






Saturday, October 14, 2006

Iftar di Utrecht

Hari ni ada majlis berbuka puasa-iftar di Utrecht. Ni lah first time aku, Abg & Firdauss sampai di Utrecht. Memadangkan rami jugak yg first timer datang ke Utrecth (sebutan dalam bahasa melayu adalah U-trekhhhh), maka kami cadang utk pergi secara rombongan. Mana yg bujang senang macam Khalik & Nazri, depa pergi awal utk merewang di bandar Utrecht. Bagi yg dah berkeluarga dan yg nak keluar lewat sket.. seperti aku.. kami janji utk berjumpa di Rotterdam Central tepat jam 5 petang. Abg Man, Kak Lin dan anak2 pula bergerak sekali dari rumahku sejurus selepas solat asar.

Sampai di Rotterdam Central, Lina dah dok tunggu.. alaaa Lina pun "bujang" jugak.. cepat je lah dia siap.. kan Lina kan... Tak sampai 2 minit train pertama berlepas, Rozi dan Fariza pun sampai. So, kami naik train kedua yg bergerak tepat jam 5.16pm. Hmmm jauh jugak Utrecht ni.. Leh tido2 lagik. Rasa cam balik kampung naik train pulak.. :)

Dipendekkan cerita, sampai je di Campus Utrecht University.. Kami semua tanpa segan silu buat sessi berposing sakan. Sedang elok tak sampai berapa minit kami sampai, rombongan Khalik, Nazri, Fikri dan Nabil pun sampai. Maka apa lagik.. sessi posing memposing begitu meriah, dan masing2 macam tak sedar diri, lagi beberapa minit jek waktu nak bukak posa.. Dah puas posing, baru tepon tuan rumah utk tanya direction rumah.. keh keh.. sib baik rumahnya depan mata ajek. Naik jer rumah Azizi (host majlis) tak sampai beberapa minit, maka berbuka puasa lah kami.. Alhamdulillah...

Lepas, makan simple2 (simple ke? :p Macam dah kenyang jek..) ahli2 semua buat solat Marghrib berjemaah.. Lepas solat, barulah kita makan yg berat2 seperti nasi dan lauk pauk. Memandangkan makanan adalah konsep pot luck.. maka, banyak sungguh makanan yg tersedia.. Katalah yg datang 20 orang.. Dah 20 jenis makanan.. hmmm... maka jadilah Pasar Ramadhan Mini di Utrecht.

Lepas makan2, kami semua buat sessi Ta'ruf atau sessi kenal2.. Maka, masing2 memperkenalkan diri masing2.. So, now we can match names with faces... sebelum ni kenai nama je.. Macam Azizi pun, aku dah kenal sedari kat Mesia lagi.. Ye lah, masa tu excited nak cari member kat Holland, so aku jumpalah Azizi kat website expat. Masa tu kami tgh sibuk2 prepare document utk datang sini. So, kami kenal2 gitu je lah.. baru berkesempatan utk berjumpa isteri dan anak2 beliau...

Lepas sessi ta'ruf, sessi chit chat dan sessi makan2 berakhir... maka, masa utk mengundurkan diri.. Rombongan yg datang by public transport bergerak keluar sekali, tepat jam 9.45pm. Meriahnya rasa... Teringat zaman bujang dulu bila jalan ngan kawan2 balik dari kuliah malam.. Enjoynya masa tu... sampai campus, singgah cafe pekena teh tarik ngan nasi goreng kampung... (hahhh.. dah mula lah nak keluar topik nih.. udah.. udah..)

Sampai rumah dalam pukul 11.30mlm. So, perjalanan semua sekali amek masa 1 jam 45 minit.
Sekian laporan utk hari ini. Nak tengok gambar, silalah ke My Album yer...



Friday, October 13, 2006

Edisi Kad Raya

Memandangkan Hari Raya akan menrajelang lebih kurang seminggu lagi, maka haruslah aku poskan kad raya yg limited edition itu... heheee.. sendiri buat.. print kat kertas A4 jek. Bukan ke yg paling penting ingatan? :) tak kisah lah labu.. janji hasrat dan niat ku tercapai.. Kad rayaku ada 5 design.. chewahh! aku print 20 keping utk diberi kepada mak2 dan bapak2 sedara, sepupu sepapat, kengkawan, bonda dan bonda mertuaku. Aku dan Abg dah takda ayah.. Kesian Firdauss tak da atuk for both sides kan.. takper.. nenek ngan wan ada.. Tok Long, Tok Su, Tok Min, Tok Teh pun ada.. kita numpang kasih kat Atuk sedara pun jadilah kan.. janji boleh panggil Tok :)

Biasanya, surat amek masa 7 hari utk sampai KL. hmmm.. by that time, mungkin dah raya kut.. hehee.. itulah aku.. kerja last minute sokmo. Padahal, kad raya tu lama dah siap.. Takpelah.. yg penting ingatan.. (ehemm.. kalau tak cakap tu, nak cakap apa lagi.. ngeh ngeh...)

Ni dia gambar kad rayaku. Pertama kali dalam sejarah hidupku buat kad raya sendiri.. heheee.. print atas A4 paper lak tuh.. isk isk... sebenarnya, design kad raya ni aku cilok from website.. alaa.. google kan ada ;) cuma aku ubah sket utk mempoyokan, dan mengumphhh kan lagi appearancenya.. Masa ni lah nak buat kad raya ada muka sendiri.. keh keh.. Memandangkan Adobe Photoshop trial version aku dah expired dan aku malas nak reinstall, (nyesal tak bawak installer byk2 dari mesia..) maka aku pakai Powerpoint jek utk buat kad raya nih.. lagi sempoi.. janji jadik :)



Thursday, October 12, 2006

Berita Gumbira

Alhamdulillah... hari ni Tuhan mengurniakan aku 2 perkara atau berita gumbira

  1. Aku dapat parcel dari kakak aku... yeaayyyy.. patutnya sampai semalam, tapi lewat sehari. Tak kisah lah.. janji sampai. Aku rasa parcel aku tu kena bukak dek kastam sini. Sebabnya, ada bekas pencerobohan satu... Pastu kan.. kerepek bawang aku pun depa gunting plastiknya.. Nak rasa kut.. heheheee... Next time nak suruh kakak aku hantor kerepek pedas. Biaq berayaq mata depa bila makan.. muahaahaaaaa...
  2. Kak Nina selamat melahirkan Johan Azam Frank Kornet secara pembedahan. Baby Johan yg berusia 32 minggu di dalam perut, terpaksa dikeluarkan apabila heart bit nya menurun 3 kali hari ni. Masa Kak Nina hantar sms mengatakan dia akan dioperate, sejuks2 kaki tangan aku. Macam aku plak nak masuk operation theater. Lebih kurang 2 jam lepas tu, sms kedua dari Kak Nina sampai mengatakan dia dah selamat bersalin... Alhamdulillah... lega... Baby Johan yg seberat 815gram itu dikatakan mampu bernafas sendiri dan sangat aktif... Alhamdulillah... syukur...
My parcel

Jangan marahhhhh....

Bunga kantan pun adaaa...

Kerepek bawang ku dinodai..


Indahnya Doa



Ikutilah doa ini wahai sekalian pembaca blog yg beragama Islam. Anda akan lihat betapa indahnya bacaan doa qunut oleh Sheikh Mishary Al Afasy. Doa ini agak panjang - 18 minit dan 48 saat. Tapi percayalah, berbaloi sungguh anda melihatnya sehingga akhir. Bakal terbit rasa keinsafan dan pasti menitis air mata pada minit ke 13 dan sehingga ke akhirnya.. How i wish i could understand those recite. Moga kita dapat sama2 mengaminkan doa yg pasti meminta hidayah dan berkat dariNYA utk sekalian umat muslimin dan muslimat.


Untuk memperdengarkan lain2 bacaan doa atau surah2 suci Al-Quran oleh Sheikh Mishary Al Afasy boleh juga ke Sheikh Mishary Al Afasy. Moga memberi kebaikan untuk kita bersama.

Tuesday, October 10, 2006

Surah Tahreem



MashaAllah... Bacaannya menusuk kalbu. Menyentuh emosi. Bisa melembutkan kekerasan hati.

Ini adalah Surah Tahreem bacaan dari Shaykh Rashid al-Afasi (one of his best clip).

Monday, October 09, 2006

Ten different styles



Shaykh Afasi recites Surat Al-Ikhlas ten times, each using one of the ten recitation school recognized by Muslim scholars. Each of the ten recitation have isnad (narration chain) to the Prophet PBUH. In addition, these isnads come through twatur (i.e. it was related by so many trushworthy people down the isnad chain to the Prophet Muhammad PBUH.) The recitation differ in the vocalization of few words or letters. We should note here that all recitation follow the same Quranic rasm (letter for letter) but only the vocalization is different.


Saturday, October 07, 2006

Cerita Kak Nina, Marx & Firdauss

Hari ni aku pakat ngan Abg, Lina, Khalik & Fikri utk ke Erasmus MC menziarah Kak Nina. Sampai kat spital Kak Nina dah tunggu dekat bawah. Kami tak boleh nak naik ke wadnya sebab bukan waktu melawat. Takpelah, kat bawah besar sket tempat lepaks dan kawasan utk Firdauss berfoya- foya :) Seronok borak2 ngan Kak Nina.. Maklum, dah lama tak jumpa.. Dah 5 minggu Kak Nina kat spital. Kejap jek rasanya.. Mesti bertahun Kak Nina rasa.. heheee.. Apa pun aku rasa happy sangat sebab Kak Nina dah "bulat".. heheeee...

So far, condition Kak Nina and the baby is quite stable. The baby is so active. Cuma tak gain weight. So, doctor wanna "keep" the baby inside.. Kalau ada tanda2 baby tak active, barulah kena buat force labour by C-sec. Takpelah, at least the baby's abdoment will be more mature time after time. Kalau dapat tunggu sampai cukup hari - 9 bulan 10 hari elok jugak.. tapi kesian lah Kak Nina kena berkampung lama kat spital.. If that is the best for her baby.. why not..

Kesian Abg, kami dok sibut berpot pet pot pet.. Abg lak sibuk dok kejor Firdauss. Kejor yop kejor... :D Tengah sedap anak dan abah berkejar2, tetiba datang seorang kanak2 lelaki yg berusia 7 tahun bernama Marx. Budak ni aku rasa minat tahap cipan kat Firdauss. Minat nak bermain maksud aku. Dia terus datang kat Firdauss dan bermain2 sakan.. Dia suka dokong Firdauss. Takut plak aku tengok. Ganas tu. Dia dokong caner tau.. muka Firdauss hadap depan.. bukan hadap muka dia.. then dia lari2.. Dah lah tali sweater berjuraian ke bawah.. kalau lah tersembam.. uisshhh.. selisih... Dah tu kan.. dia siap guling2 kat lantai ngan Firdauss. Time Fidauss kat atas aku tahan lagik.. Bila turn Firdaus kat bawah.. seriau aku wehh.. tak pasal jadi sandwich plak anak aku.. Biasalah kan budak laki mmg main ganas.. Tapi Firdauss ok dan gelak sokmo.. Ada sekali tu dia jatuh.. muka dia cam confuse kejap, nak nangis ke tak.. nak nagis ke tak.. Aku tengok muka Abg dah lain macam dah... Tergambar kerisauan di wajahnya.. :p

Bila dah sejam lebih bermain, dan Abg pun dah tak larat monitor.. Abg terus ikat Firdauss dalam buggy. Firdauss pun ok, dan matanya terus layu.. penat sangat kut.. Tak lama Marx hilang.. dia datang lagik dgn juice di tangan nak suruh Firdauss minum. Mana Abg nak bagi.. heheee... Dah segar dah mata dia.. Pastu Marx datang lagi dengan small teddy bearnya.. Siap peluk2 Firdauss yg duduk dlm buggy tuh.. Kesian.. Aku cakaplah.. "gi lah mintak mak nak adik satu.." Aku cakap dalam hati lah.. Cakap English pun bukan dia paham.. Bila tanya English dia jawab Dutch. Nama dia kitorang tahu pun sebab Kak Nina tanya... Kak Nina bolehlah cakap Dutch sket2.. but she understand very well.

Rupanya, Marx punya abang yg sakit. Murung je abang dia.. Abang dia duduk dalam wheel chair.. Kalau muka abang dia.. sebijik sebijon ikut adik dia.. Eh, abang dia lahir dulu, so adik dia lah ikut muka abang dia kan.. ahhh.. mana2lah.. yg pasti.. muka diorang memang sama.. Dgn pipi merahnya.. Dengan rambut cacak2nya.. dengan body yg sedap2 nya.. heheheee... Kalau adik nak tengok muka adik masa tua.. tengok aje muka abang masa tua... ngeh ngeh...

Oklah, kat sini aku letakkan sekali gambar Firdauss dan Marx yg sedang bergumbira.. Bila tengok diorang main, aku betul2 teringatkan anak sedara aku - Afiq. Umpama jelmaan Afiq di Holland pulak especially bila tengok badan dia yg sedap2 itu :) Rindu ar pulakkkk :((



Thursday, October 05, 2006

The questions

Enes Ibn Malik reports that a Bedouin came to the Messenger of Allah and greeted him in the mosque. The Messenger of Allah asked him where did he come from. The Bedouin said: "I came from far seeking answers to some questions". Our master told him to ask his questions":

I wish to be an intelligent man, what should I do?
Holy Prophet Replied, "Fear Allah".

I wish to be a loyal servant to Allah and do what He wants me to do?
Holy Prophet Replied, "Read the Qur'an."

I wish to be enlightened and have peace of heart?
Holy Prophet Replied, "Remember Death".

I wish to be protected against enemies?
Holy Prophet Replied, "Trust in Allah".

I wish to follow the Straight Path?
Holy Prophet Replied, "Do good to others for Allah's sake".

What should I do so that Allah does not abase me?
Holy Prophet Replied, " Do not respond to the desires of your flesh".

I wish to have a long life?
Holy Prophet Replied, "Praise and thank Allah".

I wish for prosperity?
Holy Prophet Replied, "Be in a state of ablution at all times".

How can I save myself from the hellfire?
Holy Prophet Replied, "Protect your eyes and your tongue and your hands and what is below your waistline against evil".

How can I cleanse myself from my sins?
Holy Prophet Replied, "Shed tears for what you have done and repent by undoing what you have done wrong".

I wish to be a respectable person?
Holy Prophet Replied, "Then, don't ask for anything from anybody".

I wish to be honorable?
Holy Prophet Replied, "Then don't divulge the wrong doings of anybody".

What should I do to protect myself from the tortures of the grave?
Holy Prophet Replied, "Recite the Surah Mulk".

What should one do to be rich?
Holy Prophet Replied, "Read the Surah Muzammil".

How should I calm my fear of the day of last judgment?
Holy Prophet Replied,"Remember Allah before you eat anything and before you sleep".

What should I do to feel the presence of Allah when I make my prayers?
Holy Prophet Replied,"Give the utmost care in taking your ablutions and in being clean and pure.

Monday, October 02, 2006

Berbuka Posa di Rumah Dora & Muaz

Smlm, masa kat Pasar Den Haag, kami terima panggilan makan2 dari Dora utk hari ni. Racangan awal nak gi tengok Kak Nina kat spital, tapi clash pulak ngan majlis Dora. Takpelah, next week lah insyaAllah gi tengok Kak Nina. Kebetulan, aku plan nak masak all time feberet laksa utk Abg hari ni. Memandangkan ada majlis makan2, rasanya baik aku buat sekali utk kengkawan. Dapat jugaklah kengkawan yg dah lama tak pekena laksa, melepaskan hajat. Biasanya, aku buat laksa Kedah. Memandangkan aku nak menjamu orang yg berpuasa, aku tune kpd laksa Penang which rasa masam dan pedasnya kurang. Ada rasa manis2.. Kalau ikutkan hati, aku prefer laksa Kedah yg pedas dan masam tuh.. Tp karang, ada pulak yg ponteng posa sebab asik nak jumpa Mr Tand :p

Sebelum bertolak ke rumah Dora, aku sempat mintak tolong Frank singgah rumah utk amek laksa utk Kak Nina.. Kesian Frank, dalam demam2, dan hujan2 kena jugak tolong aku hantarkan periuk kuah laksa dan ulam2an ke rumah Aiza (aku tumpangkan kuah laksa ngan ulam2an kat kereta Aiza utk ke Delft - Rumah Dora). Takpelah, berbaloi gak sebab Aiza pun nak kirimkan pulut sambal utk Kak Nina.. Thanks Frank.. Kesian Frank tak dapat join the majlis sebab demam.. Maybe next time yaa...

Aku, Abg ngan Firdauss adalah org terakhir sampai kat rumah Dora.. Well, aku dah agak dah.. Tu yg tak berani janji nak pi sama ngan Rozie and the gang.. isshhh.. Sejak ada anak nih, aku mmg tak berani lah nak janji ngan orang... Iyelah.. kalau anak tu tidur, takkan nak kejut.. Nanti meragam sepangjang masa, lagi susah.. Bila dah bangun.. kenalah ada sessi bermanja sekejap.. ulit2 dia.. peluk2 dia.. cium2 dia.. barulah dia ada mooood... barulah boleh ajak gi mandi dan bersiap2... aiisehhh.. baru anak sorang kan.. kan.. sok, kalau anak 2,3.. majlis dah habis, baru kitorang sampai agaknya.. hehehee...

Wahhh.. ramai jugak yg sampai.. adalah dalam 20 lebih kut tak silap aku. Syioknya kumpul ramai2 camnih.. Rasa cam kat Mesia pulak.. Antara menu yg tersedia adalah.. Nasi putih, kari ayam, daging dendeng, sayur campur dari tuan rumah Dora dan Muaz, Muratabak RoziRiza dan Murtabak Gee (nama baru), Lina Bengkang... eh silap.. Bengkang Jagung Lina (Jgn marah Lina, saja ngusik), Bergdegil eh.. Bergedik eh.. Bergedil by Halik.. pheewiiittttt.. Halik masakkk.. not bad.. cayalah! (bertuah bakal isteri.. kalau ada adik pompuan.. harus aku calonkan.. thehehee..) dan tidak ketinggalan Pulut Urab atau Pulut sambal dari Aiza.. clab clab clab... and ofcourse laksa Penang.. kuih raya pun ada.. ada lagi tak yer yg tertinggal.. itu je kut.. oh, yg paling penting Buah Kurma pun adaaa.. harussss.. Air pulak, ada sirap bandung, juice dan teh O panas... Macam menu Pasar Ramadhan kan :)

Sorry lah babe, kali ni tara gambar dari penulis.. Bila on jek camera, kat screen tu tulis "Please change your battery pack" aisehhh.. kacau tul.. Yg ada pun mungkin gambar ehsan dari Lina dan Fariza.

Lepas solat marghrib berjemaah, kami sempat mendoakan keselamatan dan kesihatan Kak Fadzlina Ahmad Tajudin (Kak Nina) dlm menjalani tempoh kehamilannya sehinggalah bersalin kelak..

Lepas dah kenyang dan berborak2.. terpaksalah kami mengundur diri walaupun rasa tak puas jumpa kawan2.. Dah pukul 10 beb.. Besok nak kerja (bukan aku la.. :p) So, diketuai oleh Uncle Joe, maka rombongan ke Rotterdam seramai 8 org bergerak menuju ke train station.. Bila 4 perempuan Melayu berborak dlm train.. habis riuh rendah jadinya keheningan malam.. Mesti penumpang lain yg tak berapa kerat tu bersorak dlm hati bila kitorang turun.. "ah legaaaa" depa kata.. heheheee

Sampai di Rotterdam Centraal, kami split.. Aku, Abg ngan Firdauss tunggu train ke Blaak and the rest naik tram... Kami sampai rumah dalam pukul 10.40mlm. Lepas solat seme... terus booommmm.. Firdauss meragam pulak malam ni... dannnnnnnnnn....

"Bangun ayg bangun.. dah lewat dah ni.. Dah pukul 6.50.. solat subuh cepat..." Aku terpinga2. Mamai. Seingat aku, tak bangun sahur lagik.. lalu bertanya "Sahur tak de ke bang?" Hangin satu badan aku bila Abg jawab "Ayg nak sahur ke?" arrrggghhhhh... aku merajuk.. "tak say sorry pun dah terbabas.." hmmm.. anggaplah abg tengah mamai jugak... sebenarnya, aku pun tak dengar bila jam tu berbunyi.. Firdauss lah ni.. kacau mama ngan abah tido..

Bila Abg balik kerja.. ayat tu jadi mainan kami pulak sampai ke malam.. Tergelak2 bila ingat balik 2 orang yg tengah mamai bercakap... "Sahur takde ke bang?" "Ayg nak sahur ke?" kah kah kahhhh... soalan cepuplatinum betulll... Maknanya, ni kali ke-2 kami terbabas sahur.. Kedua2nya sebab Firdauss meragam masa malam.. huhuhuuu.. Eh.. ni dah lari topic nih... selalu camni kan...

Ok, ini dia gambar ehsan dari Lina dan Fariza

Menu 1

Menu 2

Muslimat

Muslimin

Aiza, Me dan anak2 :)

Sunday, October 01, 2006

Pasar The Hague


Utk kali pertamanya, aku dan Abg nak pergi ke Pasar The Hague atau kat sini panggil Den Haag Markt. Dengar citer, kat sini ada macam2 sayur dan ikan asia.. Best gak tuh. Dari Rotterdam nak ke Den Haag Markt ni amek masa lebih kurang 30 minit masa train plus 5 minit masa tram. Bila dah dicampur, tolak, darab, bahagi dgn masa menunggu, masa berborak, masa berfoya2.. ada lah dalam 50 minit nak sampai kat dalam pasar.

Bila sampai jek.. mak aiii.. ramainya manusia kat sini. Macam pasar ni buat jualan penghabisan stok pulak rasanya. Maaflah, aku bukannya double standard.. tapi aku allergic betul kat tempat yg ramai orang sesangat, bersesak2 disertakan pula dgn pelbagai versi haruman dan bauan.. Boleh migrain makcik.. Nak jalan cecepat pun takleh gak.. Kalau aku sorang, lama dah aku aku jadik macam kereta kancil potong que jalan.. heheee...

Environment wise.. agak kureng sikitlah utk menyopping.. tapiii.. variation wise memang puas hati! macam2 jenis sayur dan ulaman Mesia ada kat sini.. Kangkong berlambak2.. Ikan pulak bermacam2 jenis dan harganya lebih murah kalau nak dibandingkan dgn Pasar Blaak dekat rumah aku ni. Setelah 6 bulan, barulah hari ni aku dapat beli ikan kembung dan ketam. Banyak orang Turki dan Morocco yg meniaga kat sini. Dutch cuma few stalls jek. Betullah kata Lina, kat sini kita akan nampak 2,3 orang jek Dutch. Yg lain mostly coloured people macam black, surinam, turki, indonesian, cina dsb.

Aku siap bawak camera lagik.. ingat nak berposinglah konon.. arrgghhh.. serabutlah.. tak jadik...
Next time mintak tolong Abg je lah datang sorang kut2 aku nak makan ikan kembung dan ketam. Kat Pasar Blaak yg ada cuma ketam batu... Kat sini kan.. kelakor la.. diorang jual kaki ketam jek.. mana pergi badan dia aku pun tak tau.. Tak puas makan.. Tapi, jadilah utk pelepas hajat.. heheee... Balik jek rumah, terus aku masak gulai lemak ketam ngan nenas utk berbuka.. nyummyyyy....


Antara ikan dan seafood yg dibeli

Kaki Ketam... Jadi laaaa...

My Photo
Name:
Location: Rotterdam, Netherlands

26th*Female*Dutiful Mom to Firdauss Haqimie and Faithful wife to Mohd Fadzil*Malay Malaysian*Fulltime housewife*


The WeatherPixie