Beraya di Malaysian Embassy
Sambutan Hari Raya utk rakyat Malaysia di Holland telah diadakan di Malaysian Embassy (ME) di The Hague pada 23 Oct 2006, Isnin yg lepas. Aku ngan Abg join rombongan kawan2 di Delft utk ke ME. Sebabnya, ini adalah kali pertama kami naik public transport utk ke ME. Takut sesatlah pulak mencari ME di pagi2 raya. Kali pertama sampai ME dulu, consultant bawak.. dok menyandar je lah.. tau2 dah sampai... :)
Lebih 10 org jugaklah rombongan ke ME dari Delft. Seronok sangat. Meriah rasanya. Org2 Dutch tengok pelik semacam jer pakaian beragam yg kami kenakan. Dgn baju melayu, samping, kurung dan kebaya.. Masa ni lah pun nak tunjukkan baju kebudayaan kita.. Bila lagi? Perjalanan dari Delft ke ME menaiki tram adalah lebih kurang 45 minit. Perjalanan dari Rotterdam ke Delftmenaiki train pula mengambil masa lebih kurang 20 minit. Tapi, kali ni lambat sikit sebab peak hours - org nak gi kerja pagi2 Senin. So, dlm 30 minit jugaklah baru kami sampai Delft.
Sampai ME, takbir masih bergema... Alhamdulillah.. Menurut org2 senior, tahun ni sambutan di ME lebih meriah dan lebih ramai. Mungkin sebab students kita semakin bertambah di sini. Lepas solat raya, kami pun menjamu selera. Pelbagai makanan disediakan. Ada lemang, ketupat, ketupat palas, nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, rendang daging, dalca, nasi briani, nasi minyak, ayam masak merah, jelatah (setengah org panggil acar nenas) dan lain2..
Oh ya.. sambutan Deepavali pun diadakan utk rakyat Malaysia yg beragama Hindu. Tapi, tak ramai lah yg datang.. Laku betul muruku hari tu.. sedap.. rangup dan lembut.. heheheee... Ada jugak kek, biskut, manisan dan lain2.
Di kesempatan ini jugaklah kami menambah kenalan baru. Ada yg baru sampai, dan ada juga yg dah lama menetap di sini. Hmmm.. lepas rindu sekejap bila dikelilingi suasana hari raya macam ni.. Terasa seperti berada di sebuah rumah terbuka hari raya di Kuala Lumpur.. ;)
Lepas kenyang dan puas berborak, kami ke rumah terbuka Malaysian Commisioner of Trade yg terletak tak jauh drpd ME. Kira2 dalam 3-4 minit berjalan kaki. Dekat sini pulak, kami pekena laksa Johor. Ada jugak juadah yg lain, tp tak larat dah nak makan. Perut dah sendat. Lepas makan2 dan borak2 lagi (apa lagi nak buat.. hehee..) kami pun balik... Khalik ngan Nazri ajak gi beraya kat Delft, tp kami terpaksa tolak sebab dah janji nak gi rumah Kak Nina.
Sebelah petang pulak, aku ngan Aiza pakat gi rumah Kak Nina.. Aiza bawak nasi ayam ngan rendang daging. Aku lak bawak nasi impit, kuah kacang dan mee goreng basah. Pekena makan2 lagi 1 round.. perggghhhh... bertambahlah segala lemak2 di badan.. (masa makan tak pikir.. lepas makan baru nak nyesal2.. hahahaaa...) Kak Nina yg masih dalam pantang pun, cuit2 jugak makanan.. nak jaga hati tukang masak aku rasa.. hehehee... Bedal je lah Kak Nina.. ubat kan ada ;) muahahaaa..
Kesian Kak Nina tak dapat join event kat ME. Tapi takpe, Kak Nina lama lagi dekat sini.. Pagi2 raya Kak Nina yg siap berkebaya dan Frank yg siap berbaju Melayu dan samping, menghabiskan masa di hospital bersama Baby J - Johan. Kak Nina kata, berat Baby J dah nak dekat sekilo. Happy jek aku dengar... Semoga Baby J terus sihat, dan membesar bagai Johan :)
Inilah kenangan2 sehari berhari Raya..


0 Comments:
Post a Comment
<< Home