Sunday, November 26, 2006

Open House Rotterdam

Setelah seminggu berlalu, barulah hari ini aku berkesempatan mendekati blog dan bercerita mengenai cerita yg dah smggu basi.. hehee.. ini pun, sebab anak aku dah lena dibuai mimpi yg indah... (kul 1pg dah ni..) Mataku pula enggan terlena.. arghhh.. daripada aku dok lip lap lip lapkan mata sambil memikirkan masalah dunia... baik aku bangun layan blog kejap...

Sabtu lepas, telah diadakan Rotterdam Open House (sudah tentu dijayakan oleh warga Rotterdam) dan berlangsung di rumahku. Persiapan telah aku dan Abg laksanakan 2 mggu sebelum event bermula. Minggu pertama lebih kepada sessi gotong royong aku dan Abg mengemas rumah.. Minggu ke-2 pula lebih kepada susun atur dan menyopping barang kering dan barang basah untuk memasak.. Memandangkan kami adalah Tuan Rumah kepada event yg akan berlangsung.. maka, adalah tanggungjawab aku dan Abg menyediakan makananan yang lebih kpd tetamu.. Selagi ada rezeki, kudrat dan kelapangan olehNYA, maka itulah hajat kami..

Perancangan pertama yg aku dan Abg buat adalah melist out kan menu yg akan kami sediakan.. Setelah ditapis, ditimbal balik, dan diamati rasionalnya.. maka, aku bersetuju untuk menyediakan menu berikut: mee kari, nasi impit + rendang ayam, rojak pesembuq, spegetti bolognese, casserole, dan puding jagung bercocktail..

Mula2.. aku betul2 rasa tak confident untuk memasak sebanyak itu utk tetamu 30-40 orang. Memang tak confident betullah... Runsing jugak dibuatnya... Tapi Abg banyak bagi sokongan dan dorongan secara mental dan fizikal... (fizikal - apa lagi.. urut intensif satu badan la...) Abg selalu pesan kat aku.. "Niat sedekah nak bagi orang makan jer.. insyaAllah Tuhan tolong..." Sebelum ni, aku tak pernah masak banyak cam nih.. Maklum, kalau kat KL tu lain ler.. mama dan kakakku sentiasa ada di sisiku memberi pertolongan.. hehee.. tapi aku rasa... biasanya.. mama dan akak yang masak.. aku tolong2 jek... Paling best kalau dapat main order jek.. "Kak, bila2 akak senang.. akak buatkan achu ikan talapia masak lemak tempoyak yek..." Sok lusa.. dah tersedia depan mata.. ngeh ngeh ngeh... Kalaulah perkara yg sama aku boleh buat kat sini.. "Abg.. bila2 Abg senang.. orang nak makan nasi goreng kampung hasil tangan Abg tau..." jawabnya.. sampai la ni tak merasa... hehee...

Ok, berbalik pada cerita open house.. untuk menu seterusnya... Aiza akan prepare Nasi Lomak dan Ayam Goreng Berempah.. Rozi pula akan membawa spegetti dan agar2 rainbow, dan Fariza akan membawa grapes. Kak Nina sponsor air panas, juice, serta kelengkapan seperti 4 set Food warmer (yg letak lilin kat bawah bagi food warm tuuu..), flask for hot water, periuk besar utk aku buat menumis kuah kari dan lain2... Susah jugak kalau takder kelengkapan2 nih..

Dipendekkan cerita.. maka, setelah 2 mggu invitation email dihantar.. berlangusunglah event yg ditunggu2 itu.. Walaupun sudah hari ke 27 Syawal, suasana Hari Raya tetap terasa sementelah lagi di bumi asing.. Bila dapat mengumpulkan yg jauh dan yg dekat.. begitu meriah sekali dirasakan.. Mana nak jumpa woo.. orang Melayu ramai2 camni kat sini.. Yus dari Belgium pun sampai tuuu.. terharu rasa.. tapi apakan daya.. tak dapat nak borak panjang sebab aku was the bziest person that day besides Abg (aku rasa la.. :p ) Tugas Abg adalah menyambut tetamu, melayan tetamu dan mengambil gambar/video.. Tugas aku pulak.. lebih kepada memastikan makanan yg tersedia mencukupi dan kalau tak cukup.. refill dan refill.. Air panas pun gitu jugak.. refill dan refill.. Sempat jugaklah makan dan sembang2 sikit.. tapi tak puas.. Adat lah menjadi tuan rumah.. Aku tak kisah.. seronok tengok kawan2 dapat bermesra dan berkenalan lebih dekat antara satu sama lain...

Kebanyakan tetamu yg hadir membawa buah tangan dan juadah masing2.. Cake ada 2 biji (carrot cake Yus buat sedap arrr.. sebijik cam kedai punya).. Sib baik aku tak sempat buat Rich Choc Cake.. kalau tak.. mesti tak laku.. hehee.. Thanks to Lina yg bekalkan karipap pusing dan kuih kacang kepada kami, walaupun kesihatan tak mengizinkannya utk join majlis kali nih.. Ada juga yg membawa manisan, buah2an, lauk ayam kurma, yang bawak hadiah dan bunga pun ada... Terima kasih banyak2.. semoga dimurahkan rezeki.. dipanjangkan umur...

Majlis asal dijangka bermula pada pukul 12.30tgrhi sehingga 6 petang.. Tapi, ada juga kawan2 pergi ke Open House di The Hague dulu, yg juga bermula pada pukul 12.30tghri.. Memandangkan acara tertunda di The Hague, maka mereka pun sampai lewat.. dalam pukul 5ptg camtuh.. Alhamdulillah.. makanan masih mencukupi untuk mereka.. Sebab aku prepare food utk 2 round.. Masa ni lah paling meriah.. Sebab, rumahku penuh dengan tetamu...

Abg pulak pasang cerita2 hari raya kat tv .. macam Melodi Raya, Macam2 Aznil edisi Raya, wakenabeb, citer melayu apa ntah, konsert studio 1.. hmmm.. dan lain2 lah... Ada sekali tu, saper ntah pasang citer Heart.. tapi yg tengok semua kaum bapa.. kah kah kah.. tak kena betul aku rasa.. Muka sorang2 serius ajek... :D citer tu patut kaum ibu yg tengok.. Memang tepat dugaan tuh.. citer tuh tak sampai suku, diorang dah tengok citer lain..

Di bilik tetamu, aku khaskan untuk kanak2 bermain.. Seronok jugak tengok kanak2 yg suci dari dosa berkenalan dan bermain dengan seronoknya.. Diorang pun pandai nak tambah kenalan.. tapi.. mesti lepas tu diorang tak mintak email address atau yahoo/msn id.. heheee..

Tak sangka, masa kurasa begitu cepat berlalu... Seorang demi seorang mengundurkan diri..
Setelah puas sessi makan2 dan borak2.. Kami main PS2 pulak.. pssttt.. kitorang beli dari Muaz.. so, sessi mendemo lah nih.. best gak masa nih.. rasa relax sikit..

Setelah penat dan puas main games.. Tepat jam 11.30mlm.. rombongan terakhir pula mengundurkan diri.. Seperti biasa, sessi mentapau harus ada.. Selepas mereka pulang dengan bahagian masing2... Tinggallah kami bertiga semula.. Sunyi dah balik rumah nih...

Kesimpulannya, Open House Rotterdam aku rasa sungguh meriah.. aku rasa laaa.. Walau pun penat tak terkata.. puas rasanya apabila dapat mengumpulkan lebih kurang 50-60 tetamu (termasuk kanak2) dalam 1 majlis yg "sederhana tapi meriah".. Sesungguhnya aku amat bersyukur ke hadrat Allah swt, kerana diberi kesihatan dan kekuatan sepanjang majlis berlangsung. Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang dirancangkan.. Aku jugak nak amek kesempatan ni utk mintak maaf kalau ada yg terlebih atau terkurang sepanjang majlis berlangsung kepada kawan2 aku yg mengikuti blog ini :) Lepas ni turn siapa pulak yer? :D

Aku ada buat video clip untuk Open House Rotterdam nih.. Tapiiiii... gambar/video aku ngan Abg.. satu pun tader.. huwaaaaaa... tak achiiii... "Abg tak amek gambar/video orang pun...." Nak majuk dah.. sib baik gambar/video Abg pun tader jugak.. adil dan saksama.. takpelah.. len kali lah.. So, kepada pengunjung blog yg nak tengok video clip ni.. jangan lupa tekan button stop kat music box tu yer.. kang pening lak kepala dengar 2 lagu satu masa... oklah.. dah pukul 2.30am.. Nak titun lah pulak... So, enjoy the video clip... Wassalam..




Friday, November 10, 2006

Congrats to Kak Lini


Hari ni juga aku ingin mengucapkan Tahniah kepada sahabatku Kak Lini (Noor Shahini Razali) di atas kelahiran anak sulongnya.. Baby boy seberat 3.1kg itu selamat dilahirkan di HUKM pada pukul 7.28pg, hari ini - 10 November 2006.

Lepas dapat berita dr member aku thru offline msg, aku trus call Kak Lini... Happy betul suaranya.. Macam bukan org lepas bersalin pulak.. Dia pun menceritakan pengalaman bersalin from A-Z.. setengah jam jugaklah berborak.. Sempatlah dengar suara baby dia nangis.. Ibunya sakan bercerita... tak hengat2.. hehehee... ishhh... seriau lah dengar pengalaman org bersalin nih.. huhuhuuu...


Harap2 bulan 2, masa aku balik bercuti nanti.. dapatlah jumpa Kak Lini and baby... Kitorang ni, kalau bersembang memang tak hengat2.. Kak Lini adalah sahabat aku di UUM, satu course, satu college dan satu "kepala"... ;) Banyak pengalaman manis bersamanya.. Pengalaman masam pun ada gak kadang2.. Kalau majuk pun tak lama sebab Kak Lini suka buat lawak.. cam aku jugak lah.. hehee.. Biasalah.. sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula makanan dalam mulut.. tak gitu? gitu-gitu la...



Hilang serabutku :)



Hari ni, di pagi Jumaat yg mulia.. Firdauss bangun seawal pukul 8 pagi.. hmmm... geram jek aku tengok rambut dia yg dah tebal semacam. Memula dulu, ingat tak nak potong rambut dia.. Biar tebal sikit untuk simpan haba time winter nanti.. Sekali tengok, ok lagi.. dah 10 kali tengok, naik serabut pulak aku.. Nak2 time dia bangun tido.. Hilang kehenseman dan kecutetannya..


Aku segeram mendudukkan Firdauss di highchair.. Port baik punya.. Depan tv.. Pasang channel feberet dia.. Upah cekelat sebungkus... thihihii.. Aku cecepat amek hair cut set.. Bila ON jek suis.. dia punya gambra... tak tau nak cakap... kalau boleh melompat dari highchair tu, melompat dah agaknya.. payah... payah.. Firdauss takut betullah bunyi2 mesin macam blender, gerudi (org atas rumah aku tak habeh2 renovate rumah dia.. geram aku..) isshhh.. tak kan nak pakai gunting kut? arrghhh.. belasah je lah.. serabut dah mata nih...

Maka, setelah berhempas pulas memotong dan mentrim rambut anakku (belum citer bab dia dah boring..) maka.. inilah hasilnya..


Thursday, November 09, 2006

Heart Movie..

Hmm.. haritu aku layan citer Heart.. Kat Mesia dah tak hangat dah citer nih agaknya.. Aku, baru jek dapat tengok.. Tak kisah lah... janji dapat tengok.. Patut ar citer ni menjadi bualan hangat.. Best citernya.. Actually, taklah best mana.. The story line was so predictable.. Cam citer Hindustan pun ada jugak.. Tapi, pujian harus diberikan di atas olahan dan cara penyampaian yg bagus.. Walaupun pelakon utama hanya 3 orang.. Citer nih still can drag our attention until the end of the story.. (Walaupun dah tahu apa kesudahannya..).. Paling aku suka adalah scenery dan lagu2 dalam citer nih.. Cantik dan indah betul.. Something different lah utk citer Indonesia..

Aku dah lama dah nak buat Music box dlm blog aku nih.. Tp takder masa.. ecehh.. cam biznes woman lak.. heheee.. Tapi.. lepas tengok citer nih.. aku terus nak cari semua lagu2 dia utk dimuatkan dalam blog... Aku suka dengar muziknya yg sentimental tu.. Aku terus kenen2 Abg mintak tolong carikkan... Abg buat surprise.. Abg bukan sahaja dapat mencari semua lagu2 dalam citer Heart tu.. tapi Abg siap buatkan Music box sekali dlm blog aku nih.. yeayyyy.. "Thank you Yang..." Jangan risau.. InsyaAllah.. orang tak lupa berzikir...

Aku boleh tangkap leleh masa last2 tu.. Abg biasala.. tengok takder perasaan.. hehee.. sedih arrr... Di alam realiti, ada tak seorang sahabat yg boleh buat pengorbanan sedemikian rupa? hmmm... mungkin tidak...


Wednesday, November 08, 2006

HEART



Irwansyah & Acha Septriasa
- My Heart

Disini kau dan aku
Terbiasa bersama
Menjalani kasih sayang
Bahagia ku denganmu

Pernahkah kau menguntai
Hari paling indah
Ku ukir nama kita berdua
Di sini surga kita

Bila kita mencintai yg lain
Mungkin kah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayang ku akan hilang

If u love somebody could we be this strong
I will fight to win our love will conquer all
Wouldn’t risk my love
Even just one night
Our love will stay in my heart
My heart

Saturday, November 04, 2006

Open House di Delft

Lepas shopping barang dapur kat pasar pagi tadi, Aku, Abg n Firdauss ke Open House di Delft. Wahhh.. mood raya gitu.. Berbaju kurung dan kebaya lagi masing2.. Ada jugak yg berbaju Melayu.. Macam2 makanan ada... Sambil makan Sambil layan citer Melayu.. Pergghhhh... sebijik cam kat Mesia..

Ada a few kenalans baru, Yanie, Huda, Idham dan Zam. Bertambah lagi kawan kat sini :) seronok betul memasing makan sambil berchit chat.. Tak rasa betul masa berlalu... Seperti biasa, kanak2 pun ada group sendiri.. Lega lah sikit bila Firdauss dah boleh join ngan abg2 dan kakak2 bermain.

Nak dekat 5 jam jugak lah kami berfoya2 kat rumah Gee tadi. Penat nih.. (penat makan). So, sampai sini dululah yer.. huwaarrggghhhh (menguap sampai berayor air mata). Teman nak berlayor lah ni ye.. Nanti2 lah teman update gambor ye.. eh.. teman cakap org kuala lah harini.. hmmm.. mesti sebab borak2 ngan Dora tadi nih.. terbawak2 sampai rumah.. "moh le kita.." hehehee...

Kat bawah ni ada video sket dari juruvideo yg amatur... hehehee.. next time we'll produce more quality video k.. sajer jer nak try nih... (cover line.. jgn tak cover...)




Friday, November 03, 2006

Parcel batang buruk



Banyak betul penulisanku tertangguh lately. Firdauss dah pandai jealous bila aku ngadap pc lama2.. Apa yg dia nak hanyalah attention 110% daripada aku. Kadang tu, bukannya apa sangat.. cukuplah sekadar tengok tv sama2.. suka sangat melesei2 kat mama dia... Kalau aku ngadap pc lama sket, mulalah dia buat perangai.. bergayut kat kaki aku ni haa.. sambil tarik2 tangan letak kat dada dia... What a manja boy..

2 hari lepas aku dapat parcel from Mesia.. selagi tak sampai parcel tu.. selagi tu lah aku rasa tak senang duduk.. maklum, ada pengalaman parcel return to Mesia :( Kejap2 mata ku tengok jam.. Kejap2 tangok lagik.. Utk area rumah aku ni, abg posman akan hantar parcel around 11am-12pm. Selama sejam tu lah aku ready menanti kan ketibaan abg posman. kalau berbunyi jer bell umah aku, maka sampai ke telinga lah aku senyum... heheheee..
Maka, kuih batang buruk sampai juga ke tangan ku.. Lama betul kali ni nak sampai.. biasa amek masa around 7-8 days.. Kali nih.. lebih 2 mggu.. takpelah... janji selamat sampai.. dan dah hadam pun dalam perut nih.. heheee..

Ingat lagi masa kakak aku tanya, ada apa2 lagi nak kirim tak? Abg yg sedari hari pertama puasa berangan nak pasang lampu lip lap kat sini.. mintak kakak aku poskan lampu lip lap.. Yang kakak aku nih.. begitu lurus.. lagi lurus dari bendul (jangan marah kak.. ngeh ngeh ngeh... nanti cepat kerepot... muahahaa..) pergi tanya balik kat Abg.. "Nak lampu lip lap yg biasa ke.. atau yg bentuk ketupat tuh?" kah kah kahhhh.... Abg ni pun, kalau bergurau.. agak2 lah.. satu hal pulak kak ina nak pos lampu lip lap.. agak2, pernah dibuat org tak yer?


Hmmm.. besok ada Open House Delft. Bestnya.. jumpa2 dan makan2 lagi :D Yus, jangan jealous nooo.. meh le join.. setakat Belgium tu.. dekat jer.. kan.. kan.. kan...


(gambor ni taknak melintang lah.. heran aku..)

Wednesday, November 01, 2006

What A Beautiful Autumn...































My Photo
Name:
Location: Rotterdam, Netherlands

26th*Female*Dutiful Mom to Firdauss Haqimie and Faithful wife to Mohd Fadzil*Malay Malaysian*Fulltime housewife*


The WeatherPixie