Sunday, November 26, 2006

Open House Rotterdam

Setelah seminggu berlalu, barulah hari ini aku berkesempatan mendekati blog dan bercerita mengenai cerita yg dah smggu basi.. hehee.. ini pun, sebab anak aku dah lena dibuai mimpi yg indah... (kul 1pg dah ni..) Mataku pula enggan terlena.. arghhh.. daripada aku dok lip lap lip lapkan mata sambil memikirkan masalah dunia... baik aku bangun layan blog kejap...

Sabtu lepas, telah diadakan Rotterdam Open House (sudah tentu dijayakan oleh warga Rotterdam) dan berlangsung di rumahku. Persiapan telah aku dan Abg laksanakan 2 mggu sebelum event bermula. Minggu pertama lebih kepada sessi gotong royong aku dan Abg mengemas rumah.. Minggu ke-2 pula lebih kepada susun atur dan menyopping barang kering dan barang basah untuk memasak.. Memandangkan kami adalah Tuan Rumah kepada event yg akan berlangsung.. maka, adalah tanggungjawab aku dan Abg menyediakan makananan yang lebih kpd tetamu.. Selagi ada rezeki, kudrat dan kelapangan olehNYA, maka itulah hajat kami..

Perancangan pertama yg aku dan Abg buat adalah melist out kan menu yg akan kami sediakan.. Setelah ditapis, ditimbal balik, dan diamati rasionalnya.. maka, aku bersetuju untuk menyediakan menu berikut: mee kari, nasi impit + rendang ayam, rojak pesembuq, spegetti bolognese, casserole, dan puding jagung bercocktail..

Mula2.. aku betul2 rasa tak confident untuk memasak sebanyak itu utk tetamu 30-40 orang. Memang tak confident betullah... Runsing jugak dibuatnya... Tapi Abg banyak bagi sokongan dan dorongan secara mental dan fizikal... (fizikal - apa lagi.. urut intensif satu badan la...) Abg selalu pesan kat aku.. "Niat sedekah nak bagi orang makan jer.. insyaAllah Tuhan tolong..." Sebelum ni, aku tak pernah masak banyak cam nih.. Maklum, kalau kat KL tu lain ler.. mama dan kakakku sentiasa ada di sisiku memberi pertolongan.. hehee.. tapi aku rasa... biasanya.. mama dan akak yang masak.. aku tolong2 jek... Paling best kalau dapat main order jek.. "Kak, bila2 akak senang.. akak buatkan achu ikan talapia masak lemak tempoyak yek..." Sok lusa.. dah tersedia depan mata.. ngeh ngeh ngeh... Kalaulah perkara yg sama aku boleh buat kat sini.. "Abg.. bila2 Abg senang.. orang nak makan nasi goreng kampung hasil tangan Abg tau..." jawabnya.. sampai la ni tak merasa... hehee...

Ok, berbalik pada cerita open house.. untuk menu seterusnya... Aiza akan prepare Nasi Lomak dan Ayam Goreng Berempah.. Rozi pula akan membawa spegetti dan agar2 rainbow, dan Fariza akan membawa grapes. Kak Nina sponsor air panas, juice, serta kelengkapan seperti 4 set Food warmer (yg letak lilin kat bawah bagi food warm tuuu..), flask for hot water, periuk besar utk aku buat menumis kuah kari dan lain2... Susah jugak kalau takder kelengkapan2 nih..

Dipendekkan cerita.. maka, setelah 2 mggu invitation email dihantar.. berlangusunglah event yg ditunggu2 itu.. Walaupun sudah hari ke 27 Syawal, suasana Hari Raya tetap terasa sementelah lagi di bumi asing.. Bila dapat mengumpulkan yg jauh dan yg dekat.. begitu meriah sekali dirasakan.. Mana nak jumpa woo.. orang Melayu ramai2 camni kat sini.. Yus dari Belgium pun sampai tuuu.. terharu rasa.. tapi apakan daya.. tak dapat nak borak panjang sebab aku was the bziest person that day besides Abg (aku rasa la.. :p ) Tugas Abg adalah menyambut tetamu, melayan tetamu dan mengambil gambar/video.. Tugas aku pulak.. lebih kepada memastikan makanan yg tersedia mencukupi dan kalau tak cukup.. refill dan refill.. Air panas pun gitu jugak.. refill dan refill.. Sempat jugaklah makan dan sembang2 sikit.. tapi tak puas.. Adat lah menjadi tuan rumah.. Aku tak kisah.. seronok tengok kawan2 dapat bermesra dan berkenalan lebih dekat antara satu sama lain...

Kebanyakan tetamu yg hadir membawa buah tangan dan juadah masing2.. Cake ada 2 biji (carrot cake Yus buat sedap arrr.. sebijik cam kedai punya).. Sib baik aku tak sempat buat Rich Choc Cake.. kalau tak.. mesti tak laku.. hehee.. Thanks to Lina yg bekalkan karipap pusing dan kuih kacang kepada kami, walaupun kesihatan tak mengizinkannya utk join majlis kali nih.. Ada juga yg membawa manisan, buah2an, lauk ayam kurma, yang bawak hadiah dan bunga pun ada... Terima kasih banyak2.. semoga dimurahkan rezeki.. dipanjangkan umur...

Majlis asal dijangka bermula pada pukul 12.30tgrhi sehingga 6 petang.. Tapi, ada juga kawan2 pergi ke Open House di The Hague dulu, yg juga bermula pada pukul 12.30tghri.. Memandangkan acara tertunda di The Hague, maka mereka pun sampai lewat.. dalam pukul 5ptg camtuh.. Alhamdulillah.. makanan masih mencukupi untuk mereka.. Sebab aku prepare food utk 2 round.. Masa ni lah paling meriah.. Sebab, rumahku penuh dengan tetamu...

Abg pulak pasang cerita2 hari raya kat tv .. macam Melodi Raya, Macam2 Aznil edisi Raya, wakenabeb, citer melayu apa ntah, konsert studio 1.. hmmm.. dan lain2 lah... Ada sekali tu, saper ntah pasang citer Heart.. tapi yg tengok semua kaum bapa.. kah kah kah.. tak kena betul aku rasa.. Muka sorang2 serius ajek... :D citer tu patut kaum ibu yg tengok.. Memang tepat dugaan tuh.. citer tuh tak sampai suku, diorang dah tengok citer lain..

Di bilik tetamu, aku khaskan untuk kanak2 bermain.. Seronok jugak tengok kanak2 yg suci dari dosa berkenalan dan bermain dengan seronoknya.. Diorang pun pandai nak tambah kenalan.. tapi.. mesti lepas tu diorang tak mintak email address atau yahoo/msn id.. heheee..

Tak sangka, masa kurasa begitu cepat berlalu... Seorang demi seorang mengundurkan diri..
Setelah puas sessi makan2 dan borak2.. Kami main PS2 pulak.. pssttt.. kitorang beli dari Muaz.. so, sessi mendemo lah nih.. best gak masa nih.. rasa relax sikit..

Setelah penat dan puas main games.. Tepat jam 11.30mlm.. rombongan terakhir pula mengundurkan diri.. Seperti biasa, sessi mentapau harus ada.. Selepas mereka pulang dengan bahagian masing2... Tinggallah kami bertiga semula.. Sunyi dah balik rumah nih...

Kesimpulannya, Open House Rotterdam aku rasa sungguh meriah.. aku rasa laaa.. Walau pun penat tak terkata.. puas rasanya apabila dapat mengumpulkan lebih kurang 50-60 tetamu (termasuk kanak2) dalam 1 majlis yg "sederhana tapi meriah".. Sesungguhnya aku amat bersyukur ke hadrat Allah swt, kerana diberi kesihatan dan kekuatan sepanjang majlis berlangsung. Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang dirancangkan.. Aku jugak nak amek kesempatan ni utk mintak maaf kalau ada yg terlebih atau terkurang sepanjang majlis berlangsung kepada kawan2 aku yg mengikuti blog ini :) Lepas ni turn siapa pulak yer? :D

Aku ada buat video clip untuk Open House Rotterdam nih.. Tapiiiii... gambar/video aku ngan Abg.. satu pun tader.. huwaaaaaa... tak achiiii... "Abg tak amek gambar/video orang pun...." Nak majuk dah.. sib baik gambar/video Abg pun tader jugak.. adil dan saksama.. takpelah.. len kali lah.. So, kepada pengunjung blog yg nak tengok video clip ni.. jangan lupa tekan button stop kat music box tu yer.. kang pening lak kepala dengar 2 lagu satu masa... oklah.. dah pukul 2.30am.. Nak titun lah pulak... So, enjoy the video clip... Wassalam..




0 Comments:

Post a Comment

<< Home

My Photo
Name:
Location: Rotterdam, Netherlands

26th*Female*Dutiful Mom to Firdauss Haqimie and Faithful wife to Mohd Fadzil*Malay Malaysian*Fulltime housewife*



Powered by Blogger