Tuesday, December 19, 2006

Cuti-cuti Paris

Last week aku, Abg dan Firdauss ke kota Paris dan juga Disneyland Paris.

Memandangkan keadaan dan situasi tak membenarkan aku bercerita panjang.. aku sertakan video yg telah dicompile semasa aku berada di sana... Kali ni biarkan video berbicara :) Enjoyyy..




Firdauss dan ruam campak

2 minggu lepas, Firdauss kena demam yg berlarutan sehingga seminggu. Normally, kalau dia demam will takes 2-3 days jer. Risau jugak dibuatnya. Sekejap panas sangat.. sekejap suam2 kuku. Masa ni.. manja yg amat. Ni baru dikatakan berkepit celah ketiak emak 24 jam. Sampaikan aku tak boleh nak bergerak utk buat kerja rumah. Nak berurusan dalam toilet pun payah.. sebab dia akan tunggu depan pintu toilet sambil menangis macam nak terkeluar anak tekak... Bila dia tidur je lah aku buat amazing race dalam rumah nih.. Masa tu lah aku mandi, solat, basuh kain, lipat kain, etc. Masak pun kadang tak sempat. Tunggu Abg balik dr opis baru boleh masak. Itu pun, Firdauss still duduk ngan aku kat dapur.

Tak nak langsung dia ngan abah kali nih.. semua nak mama yg buat. Kalau abah amek dia jek.. dia punya meronta tak hengat2... Sampai satu tahap.. hilang jugaklah kesabaran aku yg nipis nih.. tapi tak lama lah.. tak sampai hati tengok anak menangis nak kan ibunya... hmm.. apa lagi... mengulit dia je laaa...

Lepas 4 hari Firdauss kena demam yg kuat.. Naik pulak campak kat badan dia.. small pox.. bukan yg berair tuh. Kebetulan ada checkup biasa ngan doctor hari tuh.. bila tanya doctor.. doctor kata normal.. kadang simptom ni keluar bila dah habeh demam... doctor kata tak yah bagi ubat.. biar jek.. cuak jugak aku.. maklum.. sini semuanya natural remedy..

The next day.. campak dah naik kat muka dan turun kat kaki.. Suhu badan tak lah panas.. Bila borak ngan Aiza.. Aiza kata.. baru dia ingat.. anak dia pun semua dah kena.. bila demam panas sangat.. nanti kuar lah campak tuh... Aiza kata.. besok baik lah tuh...

Seperti Aiza kata.. memang reda sket esoknya.. ruam campak dah semakin menghilang.. tinggal sket2 je lagik.. hmm.. lega rasanya... Firdauss pun dah ok.. dah nak semula dangan abahnya.. so, boleh lah mama relax sket..

Risau jugak kalau Firdauss tak sihat2.. sebab tiket train dan hotel paris dah dibayar semua. Alhamdulillah.. Firdauss cam tau2 jek nak jalan.. so, 3 hari sebelum berjalan.. dia dah sihat sepenunya dah kembali ceria seperti biasa...

cuma.. bila dah baik demam.. dapat perangai baru.. bila nak satu benda.. dia akan guling2 kat lantai sambil hentak2 kan kaki dia.. huhuhuuuuu.. mencabar keimanan nih.. heheheee... tak apalah.. mama tak kisah.. janji Firdauss sihat selalu supaya mama senang nak bergerak.. :)

Monday, December 18, 2006

Butang Shift

Sedang aku mengemas ruang tamu...

"Firdauss.. sampai sini Firdauss bawak butang Shift mama" yang sememangnya dah lama tercabut dr laptop dek hasil keras tangan anakku itu. Lalu aku kutip butang Shift itu dah menuju ke arah meja komputerku. Abg lak masa tu tgh baca berita online. Bila aku sampai jek, kelihatan sepasang butang Shift lengkap di keyboard. Aikkk? huhhhh? Abah punya lah nih... kah kah kah....

Dengan wajah yg geram dan diserta dgn senyum senget Abg bersuara... "Bertuah anak abah..."

Aku pergi ke ruang tamu semula dengan rasa puas sebab sekarang butang Shift kami sama2 dah rongak sebelah.. keh keh keh... Tiba2...

"Abg.. butang Enter Abg pun tercabut...." Tak cukup kaki Abg berlari ke ruang tamu...
"Mana...? mana....?"

Dengan selamba aku menjawab.. "Acah jer...." heheheee...
Apa lagik.. kena 1 das cubit kat pipi... hahahaaa... cuak giler muka Abg tadik... keh keh keh...
Rugi tak amek gambor.. kalau tak, dah letak kat sini... theheheee....

My Photo
Name:
Location: Rotterdam, Netherlands

26th*Female*Dutiful Mom to Firdauss Haqimie and Faithful wife to Mohd Fadzil*Malay Malaysian*Fulltime housewife*


The WeatherPixie